awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ancaman tarif Trump perlu dipandang serius - PM Kanada Trudeau

Bernama
Bernama
30/11/2024
04:45 MYT
Ancaman tarif Trump perlu dipandang serius - PM Kanada Trudeau
Trudeau berkata Kanada boleh menggunakan pendekatan sama seperti yang digunakan semasa Trump memegang jawatan presiden dalam penggal pertamanya. - Gambar fail
OTTAWA: Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau pada Jumaat berkata ancaman tarif oleh Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump, perlu dipandang serius, lapor Xinhua.
"Satu perkara yang penting untuk difahami ialah apabila Donald Trump membuat kenyataan seperti itu, beliau bercadang untuk melaksanakannya.
"Beliau bukan sahaja akan merugikan rakyat Kanada tetapi juga akan menaikkan harga untuk rakyat Amerika serta menjejaskan industri dan perniagaan Amerika," kata Trudeau di Prince Edward Island.
Menurut laporan itu, Trudeau berkata Kanada boleh menggunakan pendekatan sama seperti yang digunakan semasa Trump memegang jawatan presiden dalam penggal pertamanya.
Trump pada Isnin berikrar untuk mengenakan tarif 25 peratus ke atas semua produk dari Kanada dan Mexico sebaik sahaja memegang jawatan, dengan alasan ia akan dikekalkan sehingga kedua-dua negara itu mengambil tindakan tegas terhadap dadah dan pendatang haram yang memasuki Amerika Syarikat melalui wilayah mereka.
Bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, Kanada mengeksport lebih AS$300 bilion barangan ke Amerika Syarikat, menurut Statistik Kanada.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perdana menteri kanada
#Justin Trudeau
#Donald Trump
#tarif
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan