awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Anda mendapat sokongan penuh UK" - Starmer beritahu Zelensky

Bernama
Bernama
02/03/2025
05:15 MYT
"Anda mendapat sokongan penuh UK" - Starmer beritahu Zelensky
Zelensky tiba di London lebih awal pada Sabtu untuk mengadakan perbincangan dengan Starmer serta menghadiri sidang kemuncak mengenai Ukraine. - Foto Reuters
LONDON: Perdana Menteri Britain Keir Starmer pada Sabtu mengesahkan semula sokongan United Kingdom (UK) terhadap Ukraine semasa perbincangan dengan Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky di London, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Zelensky tiba di London lebih awal pada Sabtu untuk mengadakan perbincangan dengan Starmer serta menghadiri sidang kemuncak mengenai Ukraine yang akan dihoskan oleh perdana menteri Britain itu pada Ahad dan dihadiri beberapa pemimpin Eropah.
"Anda mendapat sokongan penuh di seluruh UK, dan kami berdiri bersama anda serta Ukraine selama yang diperlukan," kata Starmer kepada Zelensky di hadapan orang ramai yang bersorak di luar Downing Street.
Beliau menegaskan tekad UK yang "mutlak" dan "tidak berbelah bahagi" untuk mencapai matlamat bersama mereka, iaitu "keamanan berkekalan bagi Ukraine berdasarkan kedaulatan dan keselamatan."
Zelensky melahirkan rasa terima kasihnya kepada Starmer dan rakyat Britain atas sokongan teguh mereka sejak konflik bermula pada 2022. Selepas pertemuan itu, Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan yang mengulangi "sokongan tidak berbelah bahagi" Starmer untuk Ukraine.
"Perdana menteri menegaskan semula tekadnya untuk mencari jalan penyelesaian bagi menamatkan serangan Rusia dan memastikan keamanan yang adil serta berkekalan demi kedaulatan dan keselamatan masa depan Ukraine," menurut jurucakap Downing Street.
Kenyataan itu menambah bahawa kedua-dua pemimpin berharap untuk meneruskan perbincangan pada sidang kemuncak Ahad di London.
Zelensky dijadual menghadap Raja Charles pada Ahad.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri Britain
#sokongan United Kindom
#Keir Starmer
#Volodymyr Zelensky
#Ukraine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan