awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
Dakwaan dipukul polis, kertas siasatan dirujuk ke Pejabat Pendakwaan Selangor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota Demokrat kecam keputusan Biden bekal bom berangkai ke Ukraine

Bernama
Bernama
08/07/2023
04:40 MYT
Anggota Demokrat kecam keputusan Biden bekal bom berangkai ke Ukraine
Sekumpulan anggota Demokrat mengecam keputusan Biden (foto) pada Jumaat untuk membekalkan bom berangkai kepada Ukraine. -Gambar fail/AP
WASHINGTON: Sekumpulan anggota Demokrat mengecam keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Jumaat untuk membekalkan bom berangkai kepada Ukraine kerana ia "melemahkan" kuasa moral Washington, lapor Agensi Anadolu.
"Keputusan pentadbiran Biden untuk menghantar bom berangkai ke Ukraine adalah tidak perlu dan satu kesilapan besar," menurut ketua Demokrat dalam jawatankuasa kecil Pertahanan Peruntukan Dewan Perwakilan, Betty McCollum, dalam satu kenyataan.
"Membenarkan legasi bom berangkai AS ke medan perang di Ukraine menjejaskan kuasa moral kami dan meletakkan AS dalam kedudukan yang secara langsung bertentangan dengan 23 sekutu NATO kami yang menyertai Konvensyen mengenai Bom Berangkai," tambah ahli kongres Minnesota itu.
Barbara Lee dari negeri California berkata Ahli Parlimen telah menulis kepada presiden akan keperluan untuk menghentikan penggunaan bom berangkai.
Sementara itu, veteran tentera udara AS, Chrissy Houlahan dalam ciapannya berkata beliau menentang keras keputusan pentadbiran untuk membekalkan Ukraine dengan bom berangkai kerana berpotensi mencederakan orang awam bertahun-tahun selepas konflik berakhir.
Bagi Jim McGovern dari Massachusetts, beliau akan terus "menyokong kuat" usaha kerajaan membantu Ukraine menentang Rusia tetapi menegaskan "bom berangkai tidak akan membantu."
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Joe Biden
#bom berangkai
#Ukraine
#Demokrat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan