Skip to main content

Dunia

Anggota polis cedera, kenderaan rosak dalam protes antimigran di UK

Police officers form a line to block protesters near Eastney Beach, in Portsmouth, England, Sunday, Sept. 6, 2026. (PA via AP)
Penunjuk perasaan bertempur dengan polis selepas ratusan orang berhimpun susulan ketibaan sebuah bot kecil yang membawa migran, manakala kerajaan mengecam tindakan yang disifatkannya sebagai perbuatan “samseng.” - Gambar AP
Advertisement

LONDON: Beberapa anggota polis cedera dan sejumlah kenderaan rosak dalam protes antimigran di Portsmouth, di pantai selatan England, pada Isnin, lapor Anadolu Ajansi.

Penunjuk perasaan bertempur dengan polis selepas ratusan orang berhimpun susulan ketibaan sebuah bot kecil yang membawa migran, manakala kerajaan mengecam tindakan yang disifatkannya sebagai perbuatan “samseng.”

Kira-kira 200 penunjuk perasaan yang berhimpun di Portsmouth dileraikan sekitar 4 pagi waktu tempatan (0300 GMT) pada Isnin, menurut laporan media yang memetik Pasukan Polis Hampshire dan Isle of Wight.

Pasukan polis itu memaklumkan, siasatan sedang dijalankan bagi “mengenal pasti pesalah yang bertanggungjawab melakukan serangan terhadap anggota polis, merosakkan kenderaan atau melakukan kesalahan jenayah lain.”

Beberapa anggota polis cedera dan sejumlah kenderaan rosak dalam pertempuran berkenaan ketika 140 migran dibawa ke darat di Hampshire, kira-kira 120 batu dari lokasi pendaratan biasa bagi migran yang tiba di UK menggunakan bot kecil.

Walaupun berlaku perbuatan jenayah, “ratusan” individu lain bertindak mengikut undang-undang, kata Pesuruhjaya Polis dan Jenayah Hampshire dan Isle of Wight Donna Jones seperti dipetik BBC.

Secara berasingan, data kerajaan yang dikeluarkan pada Isnin menunjukkan bahawa ratusan migran tiba di negara itu pada Ahad.

Menurut angka Kementerian Dalam Negeri, seramai 626 migran yang menaiki lapan bot kecil menyeberangi Selat Inggeris untuk tiba di Britain.

Minggu lepas, kerajaan mengumumkan bahawa jumlah migran yang menyeberangi Selat Inggeris menggunakan bot kecil sepanjang musim panas merosot ke paras terendah sejak 2019.

Menurut laporan, kira-kira 16,400 migran telah menyeberangi Selat Inggeris setakat 28 Ogos, turun 43 peratus berbanding tempoh sama pada 2025 dan 17 peratus berbanding tempoh sama pada 2024.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video

Advertisement