awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka kematian akibat letupan di Pakistan meningkat 44 orang

Bernama
Bernama
31/07/2023
08:45 MYT
Angka kematian akibat letupan di Pakistan meningkat 44 orang
Jumlah kematian meningkat apabila sembilan orang yang cedera meninggal dunia semasa menerima rawatan di hospital. -Gambar fail/Reuters
ISLAMABAD: Angka kematian angkara pengebom bunuh diri di perhimpunan politik di daerah Bajaur di wilayah Khyber Pakhtunkhwa barat laut Pakistan pada Ahad, meningkat kepada 44 orang, kata menteri kesihatan wilayah itu pada Isnin.
Riaz Anwar memberitahu media tempatan bahawa jumlah kematian meningkat apabila sembilan orang yang cedera meninggal dunia semasa menerima rawatan di hospital, lapor Xinhua.
Menteri itu berkata lebih 200 orang cedera dan lebih 100 daripada mereka masih dirawat di hospital.
Anwar bimbang jumlah kematian mungkin terus meningkat kerana sekurang-kurangnya 10 daripada yang cedera berada dalam keadaan kritikal dan telah dihantar ke ibu kota wilayah Peshawar.
Polis berkata serangan itu berlaku apabila seorang pengebom bunuh diri meletupkan dirinya di konvensyen pekerja politik Jamiat Ulema-e-Islam-Fazl (JUI-F) berhampiran kawasan Shanday Mor di daerah Munda Khar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jumlah kematian
#pengebom bunuh diri
#Bajaur
#perhimpunan politik
#Pakistan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan