ANGKA kematian dalam kejadian puting beliung dahsyat yang melanda Kentucky dan beberapa negeri lain di Amerika Syarikat meningkat kepada lebih 70 orang.
Menurut Gabenor Kentucky, Andy Beshear angka tersebut mungkin akan meningkat sehingga mencecah 100 dalam kejadian yang disifatkan sebagai yang terburuk dalam sejarah negeri tersebut.
Puluhan lagi terperangkap dan dikhuatiri maut dalam sebuah kilang lilin di Mayfield selepas puting beliung itu melanda.
Sekurang-kurangnya lima maut di negeri lain termasuk seorang dalam gudang Amazon di Illinois.
Beshear telah mengisytiharkan keadaan darurat di Kentucky selepas puting beliung tersebut memusnahkan sebahagian besar negeri itu.
BACA: 50 dikhuatiri maut, puting beliung landa 5 negeri di AS
"Ia sangat dasyat, saya tidak pernah lihat kejadian seperti ini.
"Tiang besi patah, bangunan musnah, kenderaan berat diterbangkan angin. Rumah kediaman turut musnah dalam kejadian," katanya.
Tambahnya usaha mencari dan menyelamat mangsa ketika ini sedang giat dijalankan dan sekurang-kurangnya 40 orang telah diselamatkan di kilang lilin berkenaan.
Puting beliung tunggal itu melanda negeri terbabit secara berterusan dengan kelajuan sehingga 320 kilometer sejam disusuli sekurang-kurangnya empat puting beliung berbeza pada Jumaat.
Astro Awani
Sat Dec 11 2021

Seorang penduduk di Mayfield memeriksa keadaan rumahnya yang musnah akibat puting beliung pada Sabtu. - Foto AP

Sarawak model perpaduan dalam kepelbagaian bagi ASEAN - Tiong
Sarawak terus menjadi contoh perpaduan dalam kepelbagaian bagi ASEAN, mencerminkan inti pati Malaysia sebagai negara yang harmoni dan kaya budaya.

Imuniti siber: Strategi baharu Kaspersky untuk perangi jenayah siber
Syarikat keselamatan siber global, Kaspersky mengguna pakai imuniti (kekebalan) siber sebagai pendekatan strategik baharu untuk memerangi jenayah siber.

Peralihan ketara Malaysia: Mengharungi cabaran penting subsidi bersasar
Apabila Malaysia memulakan satu daripada reformasi terbesar dalam rangka kerja ekonominya dalam tempoh beberapa dekad kebelakangan ini, isu subsidi bersasar bagi diesel telah menjadi tumpuan utama.
Filem aksi Superhero ‘Keluang Man’ temui penonton 29 Mei ini
Menerusi treler rasmi yang dilancarkan hari ini, filem ‘live-action’ ini memperkenalkan dunia Keluang Man yang lebih moden, penuh aksi mendebarkan dan visual sinematik berkualiti tinggi.
Tiga termasuk suami isteri ditahan
Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita warga tempatan kerana disyaki terlibat melakukan perbuatan khianat dengan api dan simbah cat, dalam satu operasi khas di Kepong dan Bukit Jalil pada 8 dan 9 April lepas.
Pelancong Malaysia tinggalkan Kashmir paling lewat 25 April - Suruhanjaya Tinggi
Pelancong Malaysia tinggalkan Kashmir paling lewat 25 April - Suruhanjaya Tinggi
Wujud pencerobohan kawasan saluran di Pendang
Kerajaan Negeri Kedah mengesahkan telah menerima laporan berlakunya pencerobohan di dua kawasan saluran paip gas milik Petronas melibatkan daerah Pendang.
Sidang khas Dewan Rakyat platform suarakan pandangan - Fahmi
Sidang khas Dewan Rakyat pada 5 Mei ini menjadi platform kerajaan dan pembangkang menyampaikan pandangan mengenai isu tarif timbal balas Amerika Syarikat (AS) yang dikenakan ke atas Malaysia.
Staf Ascott Malaysia santuni pelbagai haiwan eksotik
Peserta berkesempatan mendekati musang fennec dan kura-kura buaya.
Lelaki putus jari ditetak lima lelaki bersenjata parang, pedang
Seorang lelaki putus lima jari tangan kirinya selepas diserang lima lelaki bersenjatakan parang dan pedang dalam kejadian di hadapan sebuah restoran di Jalan PJS 1 setengah, Bandar Sunway, Subang Jaya, Selangor awal pagi Rabu.

Seorang maut selepas ribut landa Alabama, AS
Ribut tersebut turut menyebabkan kemusnahan besar di sebuah sekolah menengah di Alabama.

Ribut Sekinchan: Bomba ambil langkah berwaspada
JBPM memberikan perhatian lebih kepada kawasan paling kerap berlaku fenomena itu, terutamanya di Sekinchan.

Ribut musim sejuk di AS ragut 3 nyawa, gangguan bekalan elektrik, puting beliung
Ribut musim sejuk yang kuat melanda Amerika Syarikat (AS) telah mengakibatkan kematian tiga orang di negeri selatan Mississippi dan menyebabkan puluhan ribu orang terputus bekalan elektrik.

Lapan rumah di Sekinchan alami kerosakan akibat puting beliung
Sebanyak lapan buah rumah mengalami kerosakan teruk akibat puting beliung yang melanda kawasan Parit 4, Sekinchan pagi Khamis.

Puting beliung gemparkan penduduk Pendang, Yan
Ribut di daerah itu mengakibatkan enam buah rumah penduduk rosak.

Angka kematian akibat taufan, puting beliung di AS cecah 18 orang
Bilangan yang terkorban akibat taufan dan puting beliung di empat negeri Amerika Syarikat (AS) meningkat kepada 18 orang termasuk kanak-kanak, lapor Sputnik memetik laporan CNN pada Isnin.

Kejadian pusaran angin seperti puting beliung landa Lahad Datu
Rakaman video diambil orang awam berdurasi 22 saat itu yang tular di media sosial memaparkan zink bumbung deretan kedai diterbangkan dalam kejadian itu.

ASEAN alami 27 bencana sepanjang minggu lepas - Pusat AHA
Rantau ASEAN mengalami 27 bencana sepanjang minggu lepas yang memberi kesan kepada Indonesia, Filipina, Malaysia dan Vietnam, menurut laporan mingguan terkini Pusat AHA.

11 rumah rosak teruk dibadai puting beliung di Arau
Sebanyak 11 rumah rosak teruk dan tidak selamat untuk didiami selepas dibadai puting beliung di Kampung Padang Besar, Guar Sanji pada petang Ahad.

Bumbung 7 blok SMK Munshi Abdullah rosak teruk dilanda ribut
Kesemua tujuh blok bangunan kelas dan pentadbiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Munshi Abdullah, di sini rosak teruk selepas dibadai ribut, petang tadi.