awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyokong sentiasa berada dengan pasukan - CEO Selangor
'Alhamdulillah', 'Insya-Allah' oleh bukan Muslim dibenar selagi dengan niat baik - IKIM
Pilihan raya Thailand jadi tumpuan, keputusan sukar diramal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka kematian akibat siklon tropika mencecah 40 di Brazil

Bernama
Bernama
08/09/2023
04:36 MYT
Angka kematian akibat siklon tropika mencecah 40 di Brazil
Seramai 3,575 orang telah dipindahkan manakala sembilan masih hilang dan jumlah kematian dijangka meningkat apabila lebih ramai mangsa ditemui. -Gambar fail/Reuters
BOGOTA (Colombia): Angka kematian akibat siklon tropika yang membadai selatan Brazil telah meningkat kepada 40 nyawa, lapor Agensi Anadolu.
Menurut pegawai di negeri Rio Grande do Sul, seramai 3,575 orang telah dipindahkan manakala sembilan masih hilang dan jumlah kematian dijangka meningkat apabila lebih ramai mangsa ditemui.
Sebagai tindak balas kepada situasi banjir, hujan lebat dan angin kencang, Gabenor Rio Grande do Sul Eduardo Leite mengisytiharkan kecemasan awam di majlis perbandaran yang terjejas.
Jalan dan rumah ditenggelami air di bandar kecil Mucum, memaksa penduduk memanjat bumbung kediaman masing-masing, dan menanti helikopter menyelamatkan mereka.
Bagi menangani krisis itu, lebih 900 pegawai negeri telah dikerah untuk menjalankan misi mencari, menyelamat dan mengenal pasti mangsa.
Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva menjanjikan sokongan kerajaan di kawasan yang terjejas.
"Kami bersedia membantu dalam apa sahaja keadaan yang perlu.
"Di mana ada masalah, kerajaan persekutuan akan berada di sana untuk menyelamatkan orang ramai daripada masalah itu.
"Solidariti kami dengan penduduk Rio Grande do Sul," katanya .
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Brazil
#siklon tropika
#angka korban
#Rio Grande do Sul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan