awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekalan air di Melaka mencukupi untuk Aidilfitfi - Exco
Dentuman misteri kembali didengari, JMG Perak dan polis tidak terima aduan
Jualan sektor pembuatan naik 4.2 peratus kepada RM1.97 trilion pada 2025 - Perangkaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka kematian akibat Taufan Ana meningkat kepada 70 orang

Astro Awani
Astro Awani
28/01/2022
01:46 MYT
Angka kematian akibat Taufan Ana meningkat kepada 70 orang
Kanak-kanak dilihat menjala ikan di Tasik Malawi selepas Taufan Ana melanda negara itu. - Foto REUTERS
MAPUTO: Angka kematian susulan Taufan Ana yang melanda Madagascar, Mozambique dan Malawi meningkat kepada 70 orang.
Taufan berkenaan merupakan yang pertama berlaku di Lautan Hindi pada tahun 2022.
Taufan Batsirai pula dijangka akan melanda kawasan timur Madagascar pada 5 Februari depan.
Ana melanda Mozambique pada 24 Januari lepas, menyebabkan lebih puluhan ribu rumah musnah.
Taufan tersebut turut menyebabkan hujan lebat sepanjang minggu ini serta memaksa 64,000 penduduk dipindahkan ke tempat yang lebih selamat akibat banjir.
Bekalan elektrik turut terjejas melibatkan lebih 70 peratus penduduk negara itu.
Menurut jurucakap Syarikat Penjanaan Elektrik (EGENCO), Moses Gwaza, pihaknya masih berusaha untuk memulihkan sepenuhnya bekalan tersebut.
Jelasnya, ini kerana stesen janakuasa Kapichira mengalami kerosakan akibat dilanda taufan dan sebahagian daripada empangan dibawa arus banjir.
Sebahagian daripada bekalan elektrik kembali pulih pada Khamis.
Topic Berkaitan
#Taufan Ana
#angka kematian
#Taufan Batsirai
#banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan