awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penuntut UTHM maut, empat rakan cedera kereta terbabas
AirBorneo sedia berunding mengenai waran tiket penjawat awam - Abang Johari
Anwar tinjau operasi ETS3 KL-JB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka kematian demam Lassa di Nigeria meningkat kepada 163

Bernama
Bernama
09/08/2024
09:45 MYT
Angka kematian demam Lassa di Nigeria meningkat kepada 163
Pada 2023, sebanyak 1,227 kes demam Lassa dilaporkan dengan 219 kematian. - Gambar hiasan
ABUJA (Nigeria): Angka kematian akibat demam Lassa di Nigeria meningkat kepada 163 pada Khamis.
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Nigeria memaklumkan bahawa wabak demam Lassa terus merebak di 34 negeri dan wilayahnya, lapor Agensi Anadolu.
Kerajaan Nigeria sebelum ini mengumumkan bahawa tiga jenis ubat dikenal pasti untuk merawat penyakit ini.
Pada 2023, sebanyak 1,227 kes demam Lassa dilaporkan dengan 219 kematian.
Demam Lassa kali pertama dikesan di Nigeria pada 1969 di negeri Borno, timur laut negara itu.
Pada 23 Januari 2019, kerajaan Nigeria mengisytiharkan darurat akibat wabak demam Lassa.
Penyakit ini disebarkan melalui pendedahan kepada makanan atau barangan yang tercemar oleh air kencing dan najis tikus Mastomys, boleh menjangkiti individu lain dan boleh membawa maut.
INFO: *Demam Lassa adalah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Lassa, yang ditularkan melalui air kencing atau tahi tikus yang tercemar. Penyakit ini umumnya ditemukan di Afrika Barat, terutama di negara-negara seperti Sierra Leone, Liberia, Guinea, dan Nigeria.
Topic Berkaitan
#demam lassa
#Afrika
#Nigeria
#angka kematian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan