awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aset rizab Malaysia pada US$124.12 bilion setakat akhir November 2025 - BNM
Penyelarasan pemeriksaan di KLIA lancarkan pergerakan penumpang, jamin keselamatan
[KOLUMNIS] Implikasi penyakit akuakultur terhadap keselamatan makanan negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka kematian di Gaza hampiri 33,000

Bernama
Bernama
03/04/2024
14:04 MYT
Angka kematian di Gaza hampiri 33,000
Menurut Kementerian Kesihatan, selain kematian puluhan ribu orang, seramai 75,577 warga Palestin turut cedera dalam serangan rejim. - AP
ANKARA: Seramai 32,975 warga Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak Oktober lepas, kata Kementerian Kesihatan di wilayah yang dikepung itu pada Rabu.
Kenyataan itu dibuat ketika serangan kejam Israel ke atas Gaza memasuki hari ke-180, lapor Agensi Anadolu.
Menurut kementerian, seramai 75,577 warga Palestin turut cedera dalam serangan rejim.
Dalam tempoh 24 jam lepas, Israel melakukan lima pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga Palestin di seluruh Semenanjung Gaza yang menyebabkan 59 orang terbunuh manakala 83 lagi cedera.
"Banyak mayat masih tertimbus di bawah runtuhan bangunan dan terbiar di jalan raya manakala pasukan penyelamat menghadapi kesukaran untuk sampai ke lokasi serangan," katanya.
Konflik Israel-Hamas menyebabkan 85 peratus penduduk di Gaza kehilangan tempat tinggal di tengah-tengah krisis kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan manakala 60 peratus infrastruktur wilayah itu rosak atau musnah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gaza
#Palestin
#angka kematian
#serangan Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan