awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sarawak tubuh jawatankuasa tangani isu banjir
Laluan mudah Aaron-Wooi Yik ke pusingan kedua Terbuka India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka kematian kren runtuh hempap kereta api di Thailand meningkat

Bernama
Bernama
14/01/2026
13:30 MYT
Angka kematian kren runtuh hempap kereta api di Thailand meningkat
Kren yang digunakan untuk pembinaan jambatan kereta api berkelajuan tinggi runtuh dan menghempap kereta api yang sedang dalam perjalanan. - Reuters
BANGKOK: Angka kematian akibat kejadian kren runtuh yang menyebabkan sebuah kereta api penumpang tergelincir di wilayah Nakhon Ratchasima, timur laut Thailand meningkat kepada 31 orang, manakala jumlah yang cedera kini mencecah 67 orang, menurut pihak berkuasa pada Rabu, lapor Xinhua.
Nahas itu berlaku pada pagi Rabu apabila kren pembinaan yang digunakan untuk pembinaan jambatan kereta api berkelajuan tinggi runtuh dan menghempap kereta api yang dalam perjalanan dari Bangkok ke wilayah Ubon Ratchathani.
Berucap pada sidang media, Gabenor Nakhon Ratchasima Chaiwat Chuenkosum berkata Kereta Api Negara Thailand menjangkakan kira-kira tujuh hari diperlukan untuk membersihkan runtuhan dan memulihkan landasan kepada operasi normal, sementara siasatan penuh sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca nahas.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pengangkutan Thailand Phiphat Ratchakitprakarn sebelum ini memberitahu pemberita bahawa beliau mengarahkan agensi berkaitan menjalankan siasatan yang telus dan menyeluruh bagi menentukan punca kejadian serta mencegah kejadian berulang.
Menurut laporan media Thailand, kontraktor utama bagi seksyen landasan kereta api yang terlibat ialah Italian-Thai Development PLC, yang mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian itu dengan menyatakan syarikat akan memikul tanggungjawab sepenuhnya berkaitan pampasan dan rawatan perubatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kren hempap kereta api
#mangsa korban
#Thailand
#Nakhon Ratchasima
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan