awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka kematian lebih 300, kes demam denggi cetus kecemasan kesihatan di Bangladesh

Bernama
Bernama
06/08/2023
06:45 MYT
Angka kematian lebih 300, kes demam denggi cetus kecemasan kesihatan di Bangladesh
Jumlah kemasukan ke hospital mencecah 63,968 dengan 2,495 kes baharu. - Foto REUTERS
DHAKA: Demam denggi mencetuskan kecemasan kesihatan awam di Bangladesh, dengan 10 kematian direkodkan pada Sabtu menjadikan jumlah kematian setakat ini mencecah 303, menurut Direktorat Jeneral Perkhidmatan Kesihatan (DGHS).
Menurut DGHS, sebanyak 281 kematian akibat denggi dicatatkan pada tahun lepas, jumlah tertinggi pernah direkodkan di mana-mana negara, lapor Agensi Anadolu.
Jumlah kemasukan ke hospital mencecah 63,968 dengan 2,495 kes baharu.
Kebanyakan kematian direkodkan di ibu negara, Dhaka iaitu sebanyak 241 kematian.
Mushtaq Hussain, pakar virologi dan penasihat Institut Epidemiologi, Kawalan Penyakit dan Penyelidikan (IEDCR) yang dikendalikan kerajaan, memberitahu situasi terkini telah menjadi kecemasan kesihatan awam.
Beliau mencadangkan kerajaan mendedikasikan institusi berasingan seperti IEDCR, atau memperkenalkan institusi baharu untuk menangani situasi secara terkoordinasi dan bersepadu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#demam denggi
#kecemasan kesihatan
#kemasukan ke hospital
#Bangladesh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan