Skip to main content

Dunia

Angka korban di Gaza meningkat kepada 73,420 sejak Oktober 2023

Fire burns next to a damaged flatbed trailer, as Palestinians gather close by, after an Israeli strike, carried out after the Israeli military warned residents to evacuate the area, Al-Zawayda, in the central Gaza Strip, August 23, 2026. REUTERS/Mahmoud Issa
Angka korban akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 73,420 orang, manakala 174,369 lagi cedera sejak 7 Okt 2023, menurut sumber perubatan di Semenanjung Gaza pada Ahad. - Foto REUTERS/Mahmoud Issa
Advertisement

GAZA: Angka korban akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 73,420 orang, manakala 174,369 lagi cedera sejak 7 Okt 2023, menurut sumber perubatan di Semenanjung Gaza pada Ahad, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Sumber itu memaklumkan hospital di Gaza menerima satu jenazah dan lima rakyat Palestin yang cedera dalam tempoh 48 jam lepas.

Sejak gencatan senjata berkuat kuasa pada 11 Okt 2025, jumlah rakyat Palestin yang terkorban meningkat kepada 1,286 orang, manakala 4,257 lagi cedera.

Sebanyak 813 mayat rakyat Palestin turut ditemukan.

Pihak berkuasa kesihatan melaporkan bahawa sejumlah mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya, manakala pasukan ambulans dan penyelamat terus berdepan kesukaran untuk sampai ke lokasi serta membawa keluar mangsa.

-- BERNAMA-WAFA

 

Must Watch Video

Advertisement