Skip to main content

Dunia

Angka korban gempa bumi Colombia meningkat kepada 294

Soldiers clear debris three days after an earthquake struck Cali, Colombia, Thursday, Aug. 13, 2026. (AP Photo/Ivan Valencia)
Bencana berkenaan menjejaskan 54,008 keluarga atau 115,461 orang di 448 kawasan perbandaran. - Gambar/ AP
Advertisement

BOGOTA: Angka korban akibat gempa bumi berukuran 7.4 magnitud yang melanda Colombia baru-baru ini meningkat kepada 294 orang pada Sabtu, dengan 3,935 cedera, 320 masih hilang dan 353 berjaya diselamatkan, menurut Unit Kebangsaan bagi Pengurusan Risiko Bencana (UNGRD), lapor Xinhua.

Dalam perkembangan terbaharu, agensi itu berkata bencana berkenaan menjejaskan 54,008 keluarga atau 115,461 orang di 448 kawasan perbandaran. 

Ia turut melaporkan 66 bangunan runtuh, manakala 14,493 rumah musnah dan 81,506 lagi rosak.

Kerajaan pusat meluluskan penghantaran bantuan antarabangsa, termasuk pasukan mencari dan menyelamat yang diperakui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dari Amerika Syarikat, Ecuador dan lain-lain, menurut UNGRD dalam hantaran di X.

Agensi itu berkata kapasiti tindak balas kecemasan Colombia setakat ini masih belum terjejas sepenuhnya, manakala pihak berkuasa terus menilai keperluan untuk mendapatkan sokongan antarabangsa tambahan.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 

Must Watch Video

Advertisement