Skip to main content

Dunia

Angka korban gempa bumi Columbia meningkat kepada 265

A drone view shows rescuers and emergency personnel searching for casualties and clearing the debris at a site of a collapsed residential building following an earthquake, in Cali, Colombia, August 12, 2026. REUTERS/Raquel Cunha
Menurut penilaian kerosakan yang dikeluarkan Unit Kebangsaan Pengurusan Risiko Bencana (UNGRD) pada Rabu, gempa bumi itu menyebabkan kerosakan meluas terhadap kediaman dan infrastruktur awam. - Gambar Reuters
Advertisement

ISTANBUL: Angka korban akibat gempa bumi kuat yang melanda Colombia pada Isnin meningkat kepada 265 orang, kata Presiden Abelardo De La Espriella pada Rabu, lapor Anadolu Ajansi.

De La Espriella berkata, sekurang-kurangnya 3,494 orang cedera manakala 496 lagi masih hilang.

"Usaha kami tertumpu kepada pencarian mangsa yang hilang," katanya.

Menurut penilaian kerosakan yang dikeluarkan Unit Kebangsaan Pengurusan Risiko Bencana (UNGRD) pada Rabu, gempa bumi itu menyebabkan kerosakan meluas terhadap kediaman dan infrastruktur awam.

Sebanyak 9,215 kediaman musnah manakala 45,457 lagi rosak.

Kerajaan mengisytiharkan situasi bencana nasional bagi memperkukuh mobilisasi dan penyelarasan keupayaan institusi dalam menangani kecemasan itu.

Kerajaan turut mengumumkan bendera kebangsaan akan dikibarkan separuh tiang di semua bangunan awam dan misi diplomatik Colombia di luar negara sebagai memperingati mangsa.

Menurut data Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa bumi itu berlaku pada 7.34 pagi waktu tempatan (1234 GMT) Isnin, dengan pusat gempa terletak kira-kira lima kilometer di timur bandar San Jose del Palmar pada kedalaman 107 kilometer.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video

Advertisement