awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bendasing disyaki cebisan tikus ditemui dalam sos spageti, suri rumah kecewa maklum balas KKM
Penyelesaian saman TikTok isyarat elak pendedahan maklumat - Pakar privasi data
Infrastruktur digital penentu daya saing 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka korban gempa bumi di Turkiye, Syria meningkat lebih 500

Astro Awani
Astro Awani
06/02/2023
09:00 MYT
Angka korban gempa bumi di Turkiye, Syria meningkat lebih 500
Gempa bumi berukuran 7.4 pada skala Richter berlaku pada 4.17 pagi waktu tempatan dan berpusat di daerah Pazarcik, wilayah Kahramanmaras - Foto/AP
ANGKA korban gempa bumi kuat yang melanda tengah Turkiye dan barat laut Syria meningkat kepada lebih 500 orang.
Naib Presiden Turkiye, Fuat Oktay berkata 284 orang terkorban di negara berkenaan, manakala lebih 2,300 orang lagi cedera.
Di Syria pula, seorang pegawai kesihatan kerajaan memaklumkan lebih 237 orang terkorban dengan kira-kira 600 orang cedera.
Kebanyakan mangsa yang terkorban di Syria dilapor di Wilayah Hama, Aleppo serta Latakia, lapor Reuters.
Gempa Bumi | Tiada rakyat Malaysia terlibat ketika ini - Wisma Putra
Sementara itu, dalam satu kenyataan, pejabat Presiden Turkiye memaklumkan Recep Tayyip Erdogan mengarahkan operasi menyelamat segera digerakkan dan maklumat mengenai situasi terkini di lapan wilayah yang terjejas sentias dikemas kini.
Dalam masa yang sama, Presiden Syria, Bashar al-Assad turut mengadakan mesyuarat Kabinet tergempar untuk mengkaji kemusnahan dan membincangkan langkah seterusnya.
Terdahulu, gempa bumi berukuran 7.4 pada skala Richter berlaku pada 4.17 pagi waktu tempatan dan berpusat di daerah Pazarcik, wilayah Kahramanmaras.
Topic Berkaitan
#Gempa bumi Turkiye Syria
#Angka korban gempa bumi Turkiye
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan