KUALA LUMPUR:Angka korban akibat gempa bumi di Sulawesi, Indonesia meningkat kepada 42 mangsa setakat awal pagi ini.
Pada masa sama, lebih 600 mangsa cedera susulan gempa berukuran 6.2 pada skala Ritcher, yang berlaku pada jam 2.28 pagi semalam.
Menurut laporan media tempatan, sebilangan besar mangsa terperangkap dalam runtuhan bangunan.
Seramai 15,000 penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara akibat gempa tersebut.
Sebahagian besar kediaman turut musnah akibat gegaran.
BACA: Indonesia keluar amaran tsunami, gempa lebih kuat di Sulawesi Barat
BACA: Gempa Sulawesi: Sekurang-kurangnya tiga maut, puluhan cedera, 2,000 penduduk dipindahkan
Menurut Agensi Bencana Indonesia, angka korban meningkat selepas penyelamat di kawasan Mamuju menemui 34 mayat di celah runtuhan bangunan.
Sekurang-kurangnya 300 rumah dan klinik kesihatan dilaporkan musnah sementara bekalan elektrik dan telefon turut tidak berfungsi.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa pada Jumaat itu dikesan pada kedudukan 143 kilometer barat dari Palopo, Indonesia dengan kedalaman 27km.
Astro Awani
Fri Jan 15 2021

Pasukan penyelamat membawa keluar mayat mangsa gempa bumi di Mamuju, Barat Sulawesi, Indonesia, 15 Jan, 2021. (Foto AP)

Top Glove | Tawar 9,000 pekerjaan untuk rakyat tempatan

Aktiviti pertanian | Kebakaran Hutan Ke Cameron Highlands
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak tidak menolak kemungkinan kebakaran lebih 12 hektar kawasan hutan di Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands berpunca daripada aktiviti pertanian. Cuaca panas dan kering sejak beberapa minggu lalu memburukkan lagi situasi di lokasi kejadian.

PKPD | Dua lokaliti di Sabah dan satu lokaliti di Sarawak
Kerajaan setuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua lokaliti di Sabah dan satu lokaliti di Sarawak. Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, tiga lokaliti itu adalah kampung Sinsingon dan Kampung Lotong, Nabawan, Sabah serta penempatan Sentosa Timur Fasa 2, Sibu, Sarawak bermula 27 Februari hingga 12 Mac nanti.

ASEAN | Menteri Ekonomi ASEAN bincang fokus pemulihan
Menteri Ekonomi ASEAN bakal memulakan perbincangan berkait perkembangan pemulihan pasca COVID-19 melibatkan usaha diperingkat domestik dan serantau. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dalam satu kenyataan berkata perbincangan itu akan dilakukan sewaktu persidangan Menteri Ekonomi ASEAN ke 27 bermula 2 hingga 3 Mac ini.

Vaksin COVID-19 | Kesan sampingan kes terpencil
Kesan sampingan atau alahan kepada penerima suntikan vaksin disifatkan sebagai kes terpencil dan amat tipis untuk berlaku. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat ini beliau belum menerima sebarang maklumat bahawa individu yang divaksinasi berdepan kesan sampingan.

Imuniti kelompok | Malaysia boleh capai dalam tempoh 6 hingga 9 bulan
Kementerian Kesihatan menjangkakan Malaysia mampu mencapai imuniti kelompok dalam tempoh enam hingga sembilan bulan. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jika perkara itu berlaku, beberapa Prosedur Operasi Standard (SOP) boleh dikaji semula termasuk membenarkan rentas sempadan.

COVID-19 | PETRONAS belum terima permintaan dividen khas
PETRONAS merekodkan kerugian bersih RM 21 bilion, untuk tahun kewangan berakhir 2020, berbanding untung bersih RM 40.RM 5 bilion pada tahun sebelum nya. Bagaimanapun, jika tidak termasuk rosot nilai, syarikat pengendali minyak nasional itu mencatatkan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM 10.5 bilion, penurunan 78 peratus berbanding RM 48.8 bilion pada tahun kewangan sebelumnya.

Vaksin COVID-19 | Pendaftar gagal hadir boleh dikenakan tindakan
Dalam pada itu mana-mana individu yang mendaftar untuk menerima vaksin dan gagal hadir tanpa alasan munasabah boleh dikenakan tindakan. Selain itu, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, vaksin tersebut juga akan diberikan kepada penerima lain. Bagaimanapun setakat ini kerajaan masih menggunakan budi bicara.
![[INFOGRAFIK] COVID-19: Hari ini 2,253 kes harian baharu dilaporkan [INFOGRAFIK] COVID-19: Hari ini 2,253 kes harian baharu dilaporkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892681/8967789641614344273140_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] COVID-19: Hari ini 2,253 kes harian baharu dilaporkan
Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 295,951 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 27,994 kes. Dalam pada itu, bilangan kes sembuh hari ini ialah 3,085 kes menjadikan jumlah kes pulih sebanyak 266,846 kes. Sehingga kini, 201 kes positif sedang dirawat di ICU, 93 kes memerlukan bantuan pernafasan./ Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan 11 kes kematian hari ini. Ia menjadikan jumlah kumulatif kematian 1,111 kes.

Politik | Pas tolak kumpulan jejaskan kekuatan Islam
Pas akan menolak mana-mana pihak dan kumpulan yang menjejaskan kekuatan Islam dalam menerajui politik negara. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagaimanapun menegaskan, partinya boleh menerima golongan bukan Islam yang tidak ekstrem.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang Rabu
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Gempa bumi sederhana gegar utara laut Maluku, Indonesia
Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.1 pada skala Richter melanda Utara Laut Maluku, Indonesia.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang Sabtu
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 13 Februari 2021.

Gempa kuat gegar Fukushima, Miyagi
Menurut Badan Meteorologi Jepun, tiada amaran tsunami dikeluarkan buat masa ini.

Gempa bumi 6.3 magnitud gegar utara India
Pusat Nasional Seismologi (NCS) memaklumkan gempa berkekuatan 6.3 pada skala Richter berlaku kira-kira pukul 10.40 malam, dengan pusat gempa di Tajikistan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang Khamis
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 11 Februari 2021.

Gempa bumi 7.7 magnitud di Pasifik Selatan cetus tsunami
Pusat Amaran Tsunami Pasifik NWS kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengatakan "gelombang tsunami berbahaya" diramalkan di beberapa pantai.

Gempa bumi kuat 7.0 skala Richter dikesan di Kepulauan Loyalty
Gempa bumi kuat berukuran 7.0 pada skala Richter dikesan melanda tenggara Kepulauan Loyalty malam ini.

Gempa bumi kuat melanda Sumatera, Indonesia malam ini
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 pada skala Richter melanda barat daya Sumatera, Indonesia malam ini.

Gempa bumi sederhana gegar kepulauan Talaud, Indonesia
Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.1 pada skala Richter melanda Kepulauan Talaud, Indonesia petang ini.