awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPM mohon dana RM20 juta bagi pembangunan atlet para
Dari bilik darjah desa ke pentas dunia, tiga murid Orang Asli raih emas robotik antarabangsa
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angkasawan wanita cipta sejarah tawan 'ruang angkasa'

Astro Awani
Astro Awani
15/01/2020
12:30 MYT
Angkasawan wanita cipta sejarah tawan 'ruang angkasa'
Meir dan Koch pernah melakar sejarah selepas melakukan jelajah angkasa pada Oktober lalu. - Foto ISS
Sejarah tercipta apabila ruang angkasa bakal didominasi dua angkasawan wanita.
Jessica Meir dan Christina Koch dijadualkan berlepas untuk menggantikan bateri pada panel solar di bahagian luar Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).
Meir dan Koch pernah melakar sejarah selepas melakukan jelajah angkasa pada Oktober lalu. Menurut NASA, Meir dan Koch akan menggantikan bateri nickel-hydrogen dengan bateri jenis lithium-ion yang menghasilkan tenaga daripada panel solar, memetik agensi berita antarabangsa, CNN. Ini merupakan kali ketiga Meir berlepas ke angkasa manakala tugasan ini merupakan kali keenam bagi Koch. Sekiranya penukaran bateri itu berjaya dilaksanakan, Angkasawan NASA Andrew Morgan dan Komander stesen angkasa, Luca Parmitano Agensi Angkasa Eropah akan keluar daripada stesen berkenaan pada 25 Januari. Mereka akan meneruskan pemasangan alat penyejukan Alpha Magnetic Spectrometer (AMS) untuk digunakan pada November dan Disember sekaligus memastikan alat itu berfungsi sepenuhnya. Menurut NASA lagi, perjalanan ini merupakan kali ke-225 dilakukan yang dikendalikan oleh ISS.
Topic Berkaitan
#Christina Koch
#ISS
#Jessica Meir
#Stesen Angkasa Antarabangsa
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan