awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angkatan Bersenjata Singapura hantar bantuan kemanusiaan ke negara terjejas Taufan Yagi

Bernama
Bernama
18/09/2024
09:53 MYT
Angkatan Bersenjata Singapura hantar bantuan kemanusiaan ke negara terjejas Taufan Yagi
AHA Centre memaklumkan bahawa 475 orang terkorban akibat Taufan Yagi dan monsun barat daya di Vietnam, Laos, Thailand, Myanmar, dan Filipina. - AP
SINGAPURA: Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) akan mengerahkan pesawat Pengangkut Tangki Pelbagai Peranan (MRTT) A330 dan dua pesawat pemunggah C-130 untuk menghantar bantuan kemanusiaan kepada mereka yang terjejas akibat Taufan Yagi di Laos, Myanmar dan Vietnam.
Kementerian Pertahanan Singapura (Mindef) dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan bahawa bantuan itu merangkumi selimut, kit kebersihan, penapis air, bekas air mudah alih serta pek makanan.
Bekalan itu diambil daripada simpanan SAF dan diperoleh melalui kerjasama dengan rakan-rakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Caritas Singapore, Humanity Matters, Palang Merah Singapura, Relief Singapore, dan Pusat Penyelarasan Bantuan Kemanusiaan ASEAN bagi Pengurusan Bencana (AHA Centre).
Pengarah Pusat Penyelarasan Bantuan Bencana dan Sokongan Kemanusiaan Serantau Changi (Changi RHCC), Kolonel Fredie Tan menekankan kepentingan kerjasama serantau antara tentera dan pihak awam dalam operasi bantuan kemanusiaan dan bencana.
"Changi RHCC dan SAF bersedia dan komited untuk menyokong usaha bantuan kemanusiaan dan bencana serantau serta membawa bantuan yang sangat diperlukan kepada komuniti yang terjejas di negara jiran kita.
"Kami akan terus bekerjasama rapat dengan rakan kongsi awam dan tentera, termasuk NGO tempatan dan serantau serta AHA Centre," katanya.
Dalam laporan situasi yang dikeluarkan pada Isnin, AHA Centre memaklumkan bahawa 475 orang terkorban akibat Taufan Yagi dan monsun barat daya di Vietnam, Laos, Thailand, Myanmar, dan Filipina.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Angkatan Bersenjata Singapura
#saf
#bantuan kemanusiaan
#taufan yagi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan