awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Antraks dikesan dalam tubuh pembelot, Korea Utara mungkin bangunkan senjata biologi

Agensi
Agensi
27/12/2017
21:20 MYT
Antraks dikesan dalam tubuh pembelot, Korea Utara mungkin bangunkan senjata biologi
Korea Utara disyaki membangunkan senjata biologi selepas negara itu menguar-uarkan hasil kerja Institut Penyelidikan Biologi Pyongyang pada tahun 2015. - AP
Dalam darah seorang anggota tentera Korea Utara yang berpaling tadah ke Korea Selatan pada tahun 2017 dikesan mengandungi antraks, sekali gus mencetuskan kebimbangan bahawa Pyongyang mungkin membangunkan senjata biologi.
Keputusan itu diperoleh dalam satu kajian yang didedahkan pada Rabu.
“Antraks telah ditemui dalam tubuh seorang tentera Korea Utara yang telah berpaling tadah tahun ini,” ujar seorang pegawai perisik Korea Utara kepada media tempatan, seperti yang disahkan United Press International (UPI).
Antraks menyebabkan penyakit akut dan berbahaya yang disebabkan aktiviti bakteria, dan 80 peratus mereka yang terdedah kepada bahan itu boleh terbunuh dalam masa sehari jika tidak mengambil antibiotik atau vaksinasi.
Menurut pihak berkuasa Korea Selatan, sistem tubuh askar tersebut bagaimanapun telah mempunyai ketahanan terhadap antraks sebelum dia berpaling tadah, namun tidak pasti jika dia pernah divaksin.
Pendedahan tersebut secara tidak langsung meningkatkan kebimbangan di Korea Selatan memandangkan vaksin antraks ‘dijangka dicipta menjelang penghujung 2019’, menurut jurucakap Kementerian Pertahanan Korea Selatan Choi Hyun-soo.
Menurut UPI, Korea Utara disyaki membangunkan senjata biologi selepas negara itu menguar-uarkan hasil kerja Institut Penyelidikan Biologi Pyongyang pada tahun 2015.
Korea Utara bagaimanapun mendakwa kemudahan itu digunakan untuk penyelidikan racun serangga. Golongan pakar pula menyatakan perkakasan dwi-fungsi di kemudahan itu memungkinkan ia digunakan untuk menghasilkan senjata biologi.
Sementara itu, empat lagi rakyat Korea Utara yang berpaling tadah dilaporkan menunjukkan tanda-tanda pernah terdedah kepada radiasi.
Mereka berempat pernah tinggal di mukim Kilju, iaitu sebuah kawasan yang terdapat tapak ujian nuklear Punggye-ri.
Topic Berkaitan
#antraks
#berpaling tadah
#Korea Selatan
#Korea Utara
#pembelot
#radiasi
#tentera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan