Skip to main content

Dunia

Anwar arah kenal pasti segera rakyat Malaysia terjejas di Nepal

A drone view shows mud covering buildings and property following devastating floods at Trishuli in Nuwakot district, Nepal, August 27, 2026. REUTERS/Navesh Chitrakar
Kejadian banjir kilat yang melanda kawasan sempadan Nepal-Tibet semalam, berpunca daripada hujan lebat serta runtuhan glasier di sepanjang laluan Sungai Bhote Koshi. - Gambar/ Reuters
Advertisement

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua jabatan berkaitan supaya segera mengenal pasti dan menghubungi rakyat Malaysia yang terjejas susulan kejadian banjir kilat di Nepal.

Anwar berkata arahan itu melibatkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Luar, termasuk usaha menghubungi kementerian serta kedutaan Malaysia di New Delhi, India dan Kathmandu, Nepal.

“Saya dah minta semua jabatan termasuk MKN dan Kementerian Luar untuk segera mengenal pasti dan hubungi kementerian dan kedutaan kita, kedua-duanya di India dan Kathmandu untuk menyegerakan usaha-usaha membantu mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Expo Inovasi dan Pengkomersialan Kebangsaan (NICE) 2026 di sini hari ini.

Terdahulu, Anwar yang menzahirkan rasa dukacita atas bencana banjir kilat yang melanda daerah Rasuwa, Nepal memaklumkan kerajaan kini giat menjalankan usaha mengesan 55 rakyat Malaysia yang masih gagal dihubungi.

Menurut laporan media, kejadian banjir kilat yang melanda kawasan sempadan Nepal-Tibet semalam, berpunca daripada hujan lebat serta runtuhan glasier di sepanjang laluan Sungai Bhote Koshi.

Bencana itu mengganggu rangkaian komunikasi serta memutuskan akses jalan raya utama yang menghubungkan kawasan berkenaan dengan ibu negara, Kathmandu, sekali gus menyukarkan perhubungan dan pergerakan keluar masuk mangsa terjejas.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement