awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Apa yang berlaku di Gaza adalah kegagalan cetusan hati nurani - PM Anwar

Bernama
Bernama
04/07/2025
14:50 MYT
Apa yang berlaku di Gaza adalah kegagalan cetusan hati nurani - PM Anwar
Kemusnahan sekolah, keruntuhan hospital dan lenyapnya seluruh keluarga mencerminkan kegagalan untuk mengiktiraf nilai perkongsian kemanusiaan. - AP
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan situasi di Gaza sebagai "kegagalan cetusan hati nurani, empati, kepimpinan dan keupayaan membezakan penderitaan daripada strategi."
Beliau berkata kemusnahan sekolah, keruntuhan hospital dan lenyapnya seluruh keluarga mencerminkan kegagalan mendalam untuk mengiktiraf nilai perkongsian kemanusiaan.
"Apabila kita gagal mengiktiraf kemanusiaan pada orang lain, kita berisiko kehilangan kemanusiaan dalam diri kita sendiri.
"Statistik bukan sekadar angka kerana setiap satu mewakili kisah manusia, tentang ibu, anak, bapa, dan pengalaman mereka seharusnya membangkitkan bukan sahaja simpati tetapi menyeru supaya setiap seorang daripada kita supaya bertindak," kata Anwar dalam syarahan beliau di Universiti Sorbonne, Paris pada Jumaat.
Anwar berkata masyarakat antarabangsa sering bercakap tentang hak asasi manusia, demokrasi dan keperluan melindungi kesucian nyawa, namun komuniti global kelihatan tidak berdaya untuk menghentikan genosid yang berlarutan ini.
Sambil mengalu-alukan keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), Anwar berkata keputusan itu dilayan dengan "penuh penghinaan dan rasa kebal daripada hukuman" oleh mereka yang melakukan jenayah terbabit.
Beliau berkata:"Tiada cara lain: adalah menjadi tanggungjawab para pemimpin dunia untuk bersuara dengan moral yang lebih tegas dan jelas mengenai isu ini dan bertindak dengan azam yang lebih kukuh untuk menamatkan kacau-bilau dan pembunuhan ini.
Ya, kita melihat sinar harapan daripada usaha dan tindakan pelajar serta ahli akademik di kolej dan universiti serta pertubuhan masyarakat madani di seluruh dunia. Dalam kecaman mereka terhadap genosid ini dan seruan mereka untuk menamatkan keganasan kejam ini, kita menemukan harapan dan kelegaan, tetapi kita memerlukan lebih daripada itu."
"Sehubungan itu, kita perlu terus menyeru kepada solidariti global, sokongan dan usaha tanpa henti untuk menegakkan keadilan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gaza
#Palestin
#kemanusiaan
#Anwar Ibrahim
#bantuan kemanusiaan
#bantuan global
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan