LUCKNOW: Seramai 24 orang terperangkap selepas sebuah blok apartmen kediaman di bandar Lucknow, utara India, runtuh pada Selasa.

Menurut pihak berkuasa, seramai 12 individu termasuk dua kanak-kanak telah diselamatkan setakat ini, namun 12 lagi masih hilang.

Setakat ini, usaha menyelamat sedang giat dijalankan termasuk membersihkan tapak runtuhan yang terletak di kawasan sesak dan mewah di Lucknow, ibu negeri Uttar Pradesh yang paling ramai penduduknya di India.

Saluran televisyen tempatan menunjukkan timbunan batu bata dan konkrit dan pasukan penyelamat menggunakan pelbagai aset untuk proses penyelamatan.

Pihak berkuasa masih menyiasat punca runtuhan tersebut dan anggaran jumlah kerugian.