awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aplikasi Tudder untuk lembu cari 'jodoh'

Agencies
Agencies
11/02/2019
10:04 MYT
Aplikasi Tudder untuk lembu cari 'jodoh'
Penternak di UK menggunakan aplikasi Tudder khusus untuk penternak mencari pasangan yang sesuai untuk lembu-lembu mereka. Foto Astro AWANI
TERNYATA aplikasi mencari jodoh tidak hanya terhad kepada manusia, tetapi turut digunakan oleh penternak di United Kingdom (UK) untuk mencari pasangan bagi lembu ternakan mereka.
Seperti Tinder, penternak di UK menggunakan aplikasi Tudder khusus untuk penternak mencari pasangan yang sesuai untuk lembu-lembu mereka.
Menurut laporan Washington Post, dengan menggunakan aplikasi itu, penternak dapat melihat imej ‘calon’ yang sesuai dengan haiwan ternakan mereka secara lebih terperinci dari segi usia, lokasi dan pemiliknya.
Pengasas aplikasi itu, Hectare, membangunkan aplikasi itu bagi memudahkan lembu ternakan mendapatkan pasangan lembu membiak.
Tudder merupakan sebuah aplikasi baharu bertujuan membantu penternak di UK untuk mencari pasangan bagi ternakan mereka untuk pembiakan.
Penternak yang sudah memilih seekor atau sekelompok lembu akan diarahkan untuk ke laman web tertu sebelum dihubungkan dengan pemilik lembu untuk proses penawaran.
Dalam pada itu, seorang penternak dari Carmartheshire, Marcus Lampard, 76 tahun, memiliki seekor lembu jantan yang terdaftar di aplikasi tersebut.
“Lebih mudah untuk memasarkan lembu secara dalam talian. Pada usia saya, kami tidak cukup pandai untuk menggunakan teknologi masa kini.
“Tetapi saya diberitahu oleh cucu saya bahawa jika tidak menggunakan aplikasi itu, ia pasti sukar untuk mendapatkan pasangan bagi lembu ternakan kami," katanya.
Selama ini, Lampard menjual lembu jantannya di mana-mana pasar terbuka dan ia sebenarnya membazirkan masa serta tenaga.
Topic Berkaitan
#aplikasi
#Carmartheshire
#hectare
#lembu
#penternak
#thinder
#tudder
#United Kingdom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan