awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Apple diarah bayar cukai €13 bilion kepada Ireland

Amanz
Amanz
11/09/2024
08:07 MYT
Apple diarah bayar cukai €13 bilion kepada Ireland
Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah (EU) membuat keputusan bahawa arahan Suruhanjaya Eropah (EC) supaya ia membuat bayaran itu pada 2016 perlu diteruskan. - Gambar hiasan
APPLE kini perlu membayar cukai berjumlah €13 bilion (~RM62 bilion) kepada Ireland selepas Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah (EU) membuat keputusan bahawa arahan Suruhanjaya Eropah (EC) supaya syarikat itu membuat bayaran berkenaan pada 2016 perlu diteruskan.
EC sebelum ini mendapati Ireland memberikan pelepasan cukai kepada Apple antara tahun 1991 hingga 2014 yang disifatkan sebagai tidak adil kepada syarikat lain.
Selepas arahan itu diberikan pada 2016, Apple telah melakukan rayuan dan Mahkamah Agung EU membatalkannya kerana EC gagal membuktikan Apple menerima layanan istimewa daripada Ireland dari sudut percukaian.
EC kemudian membuat rayuan semula dan Mahkamah Keadilan EU bersetuju dengan keputusan asal 2016.
Apple mengeluarkan kenyataan, kecewa dengan keputusan hari ini kerana sebelum ini Mahkamah Agung telah menyemak fakta dan membatalkan kes itu secara mutlak, dan menegaskan mereka tidak pernah ada perjanjian istimewa.
Topic Berkaitan
#Apple
#Ireland
#keputusan mahkamah
#Bayaran cukai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan