awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada iPhone 18 tahun ini, Apple tumpu model Pro dan peranti lipat 2026
[KOLUMNIS] Malaysia mesti pertahan kedaulatan digital sebelum terlambat
Penulis novel adaptasi filem 'Drive' James Sallis meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arab Saudi anjur persidangan dan pameran haji kelima bulan ini

Bernama
Bernama
01/11/2025
08:59 MYT
Arab Saudi anjur persidangan dan pameran haji kelima bulan ini
Program berkenaan akan menampilkan lebih 80 sesi dan 60 bengkel khusus yang disertai oleh ahli akademik, penyelidik, serta wakil pejabat hal ehwal haji dan misi diplomatik dari pelbagai negara. - Bernama
JEDDAH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dengan kerjasama Program Pengalaman Jemaah akan menganjurkan Persidangan dan Pameran Haji kelima di Jeddah dari 9 hingga 12 Nov, bertemakan "From Makkah to the World."
Menurut Agensi Berita Saudi (SPA), program berkenaan akan menampilkan lebih 80 sesi dan 60 bengkel khusus yang disertai oleh ahli akademik, penyelidik, serta wakil pejabat hal ehwal haji dan misi diplomatik dari pelbagai negara.
Selain itu, lebih 2,400 peserta latihan dari seluruh dunia dijangka mengambil bahagian dalam acara berkenaan.
Pameran yang berlangsung seiring dengan persidangan itu akan meliputi kawasan seluas lebih 52,000 meter persegi dengan penyertaan lebih 260 pempamer dari 137 negara, yang akan mempamerkan pelbagai teknologi dan perkhidmatan terkini berkaitan ekosistem haji dan umrah.
Persidangan tahun ini dijangka menyaksikan pelancaran beberapa inisiatif berimpak tinggi serta pemeteraian perjanjian baharu yang akan memperkukuh integrasi teknologi, pembangunan bandar dan kemudahan untuk jemaah haji.
Pendekatan itu mencerminkan peranan utama Kerajaan Arab Saudi dalam khidmatnya terhadap Islam dan umat Islam di seluruh dunia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#pameran haji
#Jeddah
#From Makkah to the World
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan