awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arab Saudi, AS bincang isu kerjasama serantau, antarabangsa

Bernama
Bernama
07/06/2023
23:30 MYT
Arab Saudi, AS bincang isu kerjasama serantau, antarabangsa
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Negara AS Antony Blinken di Jeddah, Arab Saudi. - Foto REUTERS
ISTANBUL: Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken berbincang mengenai kerjasama antara kedua-dua negara dalam isu serantau dan antarabangsa, lapor Agensi Anadolu.
Pertemuan itu berlangsung di Istana Al-Salam di Jeddah pada Rabu, yang antara lain membincangkan mengenai hubungan dua hala dan aspek kerjasama dalam pelbagai bidang dan cara untuk meningkatkannya, memetik laporan Agensi Berita Arab Saudi, SPA pada Rabu.
Kedua-dua pemimpin itu turut membincangkan mengenai perkembangan terkini serantau dan antarabangsa.
Blinken yang tiba di Arab Saudi pada Selasa untuk mengadakan lawatan tiga hari turut dijadual menghadiri mesyuarat peringkat menteri dengan negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) pada Rabu.
Mesyuarat itu akan membincangkan berkaitan kerjasama dengan rakan kongsi GCC untuk mempromosi keselamatan, kestabilan, integrasi serantau dan peluang ekonomi di seluruh Asia Barat.
Blinken bersama-sama Menteri Luar Arab Saudi Faisal bin Farhan akan menjadi tuan rumah mesyuarat peringkat menteri pada Khamis di Riyadh yang bakal menumpukan kepada gabungan antarabangsa untuk memerangi Daesh/ISIS.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#Amerika Syarikat
#kerjasama serantau
#Antony Blinken
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan