awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hasutan di media sosial: Tiga lelaki India ditahan - Polis KL
Malaysia-India kukuhkan hubungan dua hala dengan pemeteraian 11 dokumen kerjasama utama
Peniaga bazar diingat ambil suntikan tifoid, jaga kebersihan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS, Arab Saudi bincang projek kereta api untuk hubung Asia Barat

Bernama
Bernama
08/05/2023
11:13 MYT
AS, Arab Saudi bincang projek kereta api untuk hubung Asia Barat
Projek itu merupakan antara inisiatif utama yang mahu dilaksanakan oleh White House di Asia Barat susulan pengaruh China yang semakin berkembang di rantau itu. -Gambar hiasan/ AP
ISTANBUL: Penasihat keselamatan negara Amerika Syarikat (AS), Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), dan India akan membincangkan projek bersama untuk menghubungkan negara-negara Teluk, negara Arab dan India melalui rangkaian kereta api, menurut laman sesawang berita Amerika.
"Penasihat keselamatan AS, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu dan India pada Ahad membincangkan kemungkinan menjayakan projek infrastruktur bersama utama itu," menurut Axios, memetik dua sumber yang mempunyai pengetahuan langsung mengenai rancangan itu.
Projek itu merupakan antara inisiatif utama yang mahu dilaksanakan oleh White House di Asia Barat susulan pengaruh China yang semakin berkembang di rantau itu, menurut laman sesawang berkenaan.
Asia Barat merupakan kawasan penting dalam inisiatif Jalur dan Jalan China, satu projek besar China yang dibina di atas runtuhan Jalan Sutera purba, bertujuan untuk menghubungkan China dengan seluruh dunia melalui pembinaan infrastruktur.
Seorang pegawai AS yang tidak dinamakan memberitahu Axios bahawa projek kereta api itu akan menjadi antara topik perbincangan semasa lawatan Penasihat Keselamatan Negara White House Jake Sullivan ke Arab Saudi.
"Sullivan akan berbincang dengan Putera Mahkota Mohammed bin Salman dan pegawai Saudi yang lain mengenai hubungan dua hala antara Arab Saudi dan AS, isu serantau dan kemungkinan langkah normalisasi selanjutnya hubungan antara Arab Saudi dan Israel," menurut seorang lagi pegawai.
Belum ada sebarang ulasan daripada para pegawai dari empat negara berkenaan mengenai laporan AS itu.
--BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Arab Saudi
#kereta api
#India ke Arab Saudi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan