JAKARTA: Arab Saudi menjadi negara terbaharu menyertai Malaysia yang mengemukakan permohonan kepada kerajaan Indonesia untuk membekalkan tenaga pekerja secepat mungkin.
Duta Arab Saudi ke Indonesia, Issam Al-Thaqafi, berharap Indonesia akan menyambung semula membekalkan pekerja selepas penghantaran digantung selama lapan tahun.
Pada Februari 2014, Arab Saudi dan Indonesia sudah memeterai perjanjian untuk menyambung semula penghantaran pekerja domestik Indonesia, disebabkan penularan COVID-19 pelaksanaannya terpaksa ditangguhkan.
"Kementerian berkenaan sedang berusaha untuk menyelesaikan isu ini secepat mungkin," katanya lapor Saudi Gazette.
Portal berita itu melaporkan Indonesia menggantung penghantaran pembantu rumah ke Arab Saudi dan negara lain di rantau ini pada 2011 susulan hukuman mati yang djatuhkan terhadap pembantu rumah yang disabitkan bersalah membunuh majikannya.
Laporan media Indonesia menyatakan larangan itu dikenakan selepas kerajaan itu menghukum mati warganya tanpa memaklumkan keluarga atau kerajaan Indonesia.
Sejak itu, Kementerian Tenaga Kerja Indonesia bekerjasama rapat dengan agensi kerajaan lain untuk mengetatkan semua peraturan mengenai pekerja domestik di luar negara.
Awal bulan ini, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan bertemu rakan sejawatnya dari Indonesia, Ida Fauziyah di Jakarta, kedua-dua menteri komited untuk menyempurnakan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) mengenai Pengambilan dan Perlindungan Pekerja Rumah Indonesia (PDI) awal tahun depan.
Saravanan juga mengadakan perbincangan dengan syarikat Malaysia di Indonesia untuk bertukar-tukar pandangan mengenai amalan baik pengurusan pekerja asing di sektor perladangan.
Mengenai keperluan industri perladangan sebanyak 32,000 pekerja asing, Saravanan berkata Indonesia hanya akan membenarkan kemasukan tenaga kerjanya ke Malaysia selepas MoU PDI ditandatangani.
Pesuruhjaya Perdagangan MATRADE di Jakarta, Har Man Ahmad memberitahu Bernama: "Ia akan menjadi sangat sukar bagi industri sekarang kerana kekurangan penuai."
Beliau yang mengikuti rapat isu itu berkata kekurangan pekerja telah menyebabkan pengeluaran penuaian dan pengumpulan buah segar menyusut, hanya berjumlah 25,471 sehingga Ogos 2021.
Anggaran kerugian disebabkan kekurangan pekerja dalam penuaian berbilion ringgit dan isu itu mesti diuruskan dengan segera untuk memenuhi keperluan industri, katanya.
Pada Ahad, Malaysia dan Bangladesh memeterai MoU mengenai pengambilan pekerja Bangladesh, berkuat kuasa lima tahun sehingga Disember 2026.
MoU itu ditandatangani Saravanan dan rakan sejawatannya dari Bangladesh, Imran Ahmad di Putrajaya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 20 2021
Indonesia menggantung penghantaran pembantu rumah ke Arab Saudi dan negara lain di rantau ini pada 2011 susulan hukuman mati yang djatuhkan terhadap pembantu rumah yang disabitkan bersalah membunuh majikannya. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
ERL hantar 20 petugas bantu operasi Makkah Metro
Seramai 20 petugas berpengalaman Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dihantar ke Arab Saudi bagi menyokong operasi perkhidmatan tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro atau lebih dikenali Makkah Metro.
Arab Saudi umum Aidilfitri jatuh pada Rabu
Arab Saudi menetapkan 10 April sebagai Hari Raya Aidilfitri pada Rabu, menandakan berakhirnya bulan Ramadan bagi umat Islam.
Graduan pergigian diangkat sebagai Miss Universe Arab Saudi yang pertama
Model dan graduan pergigian, Rumy Alqahtani menjadi perwakilan sulung negara tanah arab itu di persada global.
Negara Islam, Arab puji keputusan ICJ supaya Israel buka sekatan ke Gaza
Riyadh menyokong kesemua usaha menambah pembekalan bantuan kemanusiaan dengan segera dan mengurangkan krisis kemanusiaan yang meruncing di Gaza.
Arab Saudi dipilih pengerusi Suruhanjaya Status Wanita ke-69
Abdulaziz Alwasil dari Arab Saudi akan berkhidmat sebagai pengerusi sesi ke-69 CSW.
Kame Hame Habibi! - Taman tema Dragon Ball akan dibuka di Arab Saudi
Taman ini akan dibuka di Qiddiya City dengan keluasan 500,000 meter persegi dan bakal mempunyai tujuh ruang bertemakan dunia Dragon Ball.
Kuota haji: Tunggu keputusan Arab Saudi
Kerajaan optimis kuota jemaah haji negara ini akan meningkat, susulan langkah Arab Saudi yang sedang merancang untuk meningkatkan jumlah jemaah kepada lima juta orang menjelang tahun 2030.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Arab Saudi mula berpuasa pada Isnin
Sebelum ini, Mahkamah Agung Arab Saudi menggesa umat Islam di negara itu untuk cuba melihat anak bulan Ramadan pada petang Ahad, 10 Mac 2024 bersamaan 29 Syaaban 1445 menurut kalendar Islam.