awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arab Saudi isytihar 22 Februari sebagai hari penubuhannya

Bernama
Bernama
28/01/2022
11:12 MYT
Arab Saudi isytihar 22 Februari sebagai hari penubuhannya
Kerajaan Arab Saudi mengisytiharkan 22 Februari setiap tahun sebagai hari cuti umum bagi memperingati penubuhan negara itu pada 1727 oleh Imam Muhammad bin Saud, bapa pengasas negara itu. - Gambar fail
RIYADH: Kerajaan Arab Saudi mengisytiharkan 22 Februari setiap tahun sebagai hari cuti umum bagi memperingati penubuhan negara itu pada 1727 oleh Imam Muhammad bin Saud, bapa pengasas negara itu.
Menurut kenyataan istana Arab Saudi yang dipetik Agensi Berita Arab Saudi (SPA) pada Khamis, peringkat pertama penubuhannya bermula pada 1139 Hijrah bersamaan tahun 1727 Masihi dan diteruskan hingga tiga peringkat.
Bandar Ad Diriyah telah dijadikan ibu negara Arab Saudi pada waktu penubuhannya dengan Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW menjadi perlembagaannya.
Peringkat pertama penubuhan Arab Saudi telah berakhir pada 1233 Hijrah bersamaan 1818 Masihi di mana ia berjaya mewujudkan perpaduan dan perdamaian di Semenanjung Arab selepas perpecahan dan ketidakstabilan selama beberapa abad, kata kenyataan itu.
"Setelah tujuh tahun berlalu iaitu pada 1240 Hijrah bersamaan 1824 Masihi, Imam Turki bin Abdullah Al Saud telah meneruskan usaha peringkat kedua dalam menubuh dan membangunkan Arab Saudi.
"Peringkat penubuhan dan pembangunan Arab Saudi kedua telah berlangsung sehingga tahun 1309 Hijrah bersamaan 1891 Masihi," kata kenyataan itu.
Kenyataan itu berkata, 10 tahun selepas itu iaitu pada 1319 Hijrah bersamaan 1902 Masihi, Raja Abdul Aziz bin Abdul Rahman Al Faisal Al Saud mengetuai peringkat ketiga penubuhan Arab Saudi.
Raja-raja daripada keturunan baginda kemudiannya telah meneruskan legasi Raja Abdul Aziz dalam pembangunan Kerajaan Arab Saudi sehingga menjadi sebuah negara beraja yang kita kenali hari ini, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#hari penubuhan
#cuti umum
#Imam Muhammad bin Saud
#Ad Diriyah
#Nabi Muhammad SAW
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan