KUALA LUMPUR: Pelawat dari enam negara termasuk Indonesia diwajibkan untuk mengemukakan sijil vaksinasi COVID-19 yang diiktiraf kerajaan Arab Saudi sebelum mengunjungi negara itu termasuk bagi tujuan umrah.
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dalam satu perkongsian infografik di laman Twitter rasminya memaklumkan negara lain yang turut diwajibkan memenuhi syarat dan protokol terbaharu itu adalah India, Pakistan, Mesir, Vietnam dan Brazil.
Pelawat dari negara-negara ini dan telah melengkapkan dos vaksin jenis Pfizer, Astrazeneca, Moderna atau Johnson Johnson, dibenar memasuki Arab Saudi tanpa perlu menjalani kuarantin wajib.
Bagi pengunjung yang menerima vaksin Sinopharm, Sinovac atau Covaxin dan memiliki sijil vaksinasi diiktiraf, mereka perlu menjalani kuarantin wajib tiga hari di pusat kuarantin ditetapkan.
Menurut kementerian itu, 'sijil vaksinasi diiktiraf' bermaksud diakui sah oleh Kementerian Kesihatan (MoH) Arab Saudi dan diluluskan secara elektronik melalui kod QR.
"Mereka juga perlu mengemukakan keputusan negatif ujian calitan (PCR) selepas 48 jam dari tarikh mula kuarantin," menurut kementerian.
Pelawat yang memiliki sijil vaksinasi belum diiktiraf, wajib menjalani kuarantin di institusi ditetapkan selama lima hari dan mengemukakan keputusan negatif ujian PCR pada hari pertama dan kelima kuarantin.
Sementara bagi jemaah asing dari negara lain, termasuk Malaysia, tiada sijil vaksinasi diperlukan dan mereka dibenarkan memasuki Arab Saudi tanpa menjalani proses kuarantin sekiranya telah melengkapkan dos vaksin sama ada Pfizer, Astrazeneca, Moderna, atau Johnson Johnson.
Namun, jemaah yang lengkap dos vaksin sama ada Sinopharm, Sinovac atau Covaxin, mereka perlu menjalani kuarantin terlebih dahulu selama tiga hari di pusat kuarantin ditetapkan selain perlu mengemukakan keputusan ujian calitan dalam tempoh 48 jam dari tarikh dikuarantin.
Arab Saudi mula membuka pintunya kepada pengembara luar bermula1 Ogos 2021 dan menerima jemaah umrah antarabangsa secara berperingkat bermula 9 Ogos dengan syarat dan protokol tertentu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 18 2021
Pelawat yang memiliki sijil vaksinasi belum diiktiraf, wajib menjalani kuarantin di institusi ditetapkan selama lima hari dan mengemukakan keputusan negatif ujian PCR pada hari pertama dan kelima kuarantin. - Gambar fail
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Brazil akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2027 selepas undian di Kongres FIFA ke-74 pada Jumaat.
40 senator Thailand mohon pemecatan Srettha
Ketika rombakan Kabinet bulan lalu, senator itu membantah pelantikan bekas peguam, Pichit Cuenban, sebagai Menteri di pejabat Srettha.
Lelaki bakar rumah ibadat ditembak mati
Polis menembak mati seorang lelaki bersenjata yang membakar rumah ibadat di Rouen Perancis.
Bayaran dam dan korban melalui THiJARI diteruskan
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi memudahkan bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab masing-masing.
Singapura kutuk, nasihat warganya di Malaysia berhati-hati
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Pengajaran kepada kita, akibat fahaman radikal
Insiden yang menimpa dua anggota polis di Ulu Tiram patut dijadikan sebagai pengajaran akibat bila berfahaman radikal.
KJ beri gambaran tak cepat kembali ke dunia politik, jika mampu bertahan
Khairy Jamaluddin berkongsi pengalaman dalam program Ayuh Johor, termasuk melibatkan kejayaan ketika menggalas tugas sebagai menteri sehingga kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, yang lalu.
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Arab Saudi nasihat umat Islam tidak terpedaya iklan palsu haji di media sosial
Pihak Keselamatan Awam Arab Saudi pada Isnin menasihatkan umat Islam supaya tidak terpengaruh dengan iklan palsu yang menawarkan perkhidmatan haji di laman media sosial.
TH gesa umat Islam waspada penggunaan visa haji tidak sah
Pemberian visa haji selain melalui kuota rasmi Malaysia merupakan hak mutlak Kerajaan Arab Saudi.
Haji: Jemaah Malaysia diingat jaga nama baik negara, patuh peraturan baharu Saudi
Roslan berkata, dikenakan penalti dan pengusiran itu adalah selaras dengan peraturan baharu untuk musim haji tahun ini.
MITI galak syarikat tempatan jalin kerjasama pelaburan dengan Arab Saudi
Arab Saudi juga mempelawa syarikat Malaysia untuk melabur di negara itu bagi membolehkan peningkatan perdagangan dan pelaburan dua hala.
Ambil contoh kelulusan sehari di Arab Saudi - PM
Anwar berkata, kecekapan dan kepantasan memberi kelulusan segera itu seterusnya membolehkan negara berkenaan melonjak tinggi.
Arab Saudi, Maghribi, Mesir gesa gencatan senjata segera dilaksanakan di Gaza
Arab Saudi, Maghribi dan Mesir menggesa supaya satu gencatan senjata segera dilaksanakan di Gaza yang diserang secara berterusan oleh Israel.
Negara Barat cadang henti penjualan senjata dan sekat pemindahan teknologi ke Israel
Perbincangan itu bertujuan untuk melibatkan sebanyak mungkin negara dalam pakej "elemen tekanan" yang mengandungi cadangan mengenai sekatan ruang udara.
Anwar minta seluruh negara Arab tegas dalam isu Palestin
Katanya, semua pihak juga perlu menyuarakan bantahan terhadap pencerobohan dan pendudukan haram Israel di tanah Palestin.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia saling tidak percaya akibat kebergantungan dipersenjatakan - Naib Presiden Suruhanjaya Eropah
Fenomena hilang kepercayaan yang melanda komuniti antarabangsa ketika ini adalah akibat kebergantungan yang dipersenjatakan oleh beberapa pihak.