Skip to main content
Advertisement

Malaysia

House of Kudrat cetus fenomena, lebih 9000 peminat hadir!

HOUSE OF KUDRAT TB
Episod ketiga Kudrat 1968: High Council akan disiarkan pada 9 Oktober dan boleh distrim di Astro X3 dan sooka. - Kredit Astro Shaw
Advertisement

PUTRAJAYA: Lebih 9,000 peminat membanjiri acara House of Kudrat di IOI City Mall, di sini, dengan sebahagiannya sanggup beratur sejak awal pagi untuk bertemu barisan pelakon siri Kudrat 1968: High Council.

Ketua Pemasaran Studio dan Pengedaran Astro Shaw, Norsalvina Alwee berkata, acara itu memberi peluang kepada peminat merasai sendiri dunia Kudrat, selain mempererat hubungan dengan penonton sedia ada dan menarik pengikut baharu.

Menurutnya, pertemuan bersemuka turut membantu pasukan di sebalik siri berkenaan memahami minat serta pengalaman penonton dengan lebih dekat.

“Biasanya, penonton hanya dapat mengikuti Kudrat melalui televisyen atau telefon, tetapi hari ini kita mahu membawa mereka lebih dekat untuk memasuki dunia Kudrat itu sendiri.

“Aktiviti seperti ini turut menarik penonton baharu, selain memberi peluang kepada kami sebagai pasukan Kudrat untuk mengenali komuniti peminat dengan lebih dekat,” katanya ketika ditemui pada acara berkenaan.

Norsalvina berkata, sambutan menggalakkan itu berterusan sejak acara pengenalan barisan pelakon, diikuti Light Up KL dan kini House of Kudrat.

Image
HOUSE OF KUDRAT INSERT
-Kredit Astro Shaw

Katanya, keterujaan penonton turut dapat dilihat menerusi perbincangan mengenai watak serta jalan cerita Kudrat di media sosial.

Penglibatan mendalam peminat itu turut mengejutkan pelakonnya, Chech Harith, yang tidak menyangka siri berkenaan mendapat perhatian sehingga mencetuskan pelbagai teori.

“Saya tidak menyangka jalan cerita Kudrat akan dibincangkan, dikaji dan diteliti sehingga peminat turut menghasilkan teori sendiri.

“Penglibatan mereka terhadap jalan cerita ini menunjukkan betapa ia mampu memberi impak kepada masyarakat, dan itulah perkara yang paling tidak saya jangkakan,” katanya.

Bagi Chech, kehadiran peminat di House of Kudrat membolehkannya melihat sendiri sambutan yang sebelum ini hanya diketahui melalui angka.

“Sebelum ini, saya hanya melihat sambutan dari segi angka dan tidak dapat membayangkan berapa ramai peminatnya.

“Hari ini, kita dapat melihat sendiri kehadiran mereka, seperti suasana ekspo anime yang biasa kita lihat.

“Apabila industri kita juga dapat mewujudkan pengalaman yang sama, saya rasa itu satu pencapaian yang sangat baik,” ujarnya.

Pengalaman mendekati dunia Kudrat turut diterjemahkan melalui kerjasama Astro Shaw dengan jenama tempatan Christy Ng, yang menampilkan koleksi beg dan stokin edisi terhad berilhamkan siri itu dibawah “House Of Kudrat”
 

Image
HOUSE OF KUDRAT INSERT
-Kredit Astro Shaw

Koleksi berkenaan memberi peluang kepada peminat menggayakan produk yang turut digunakan barisan pelakon dalam Kudrat 1968.

Mengulas kolaborasi itu, Norsalvina berkata, tumpuan diberikan kepada penghasilan produk khas yang mencerminkan identiti dunia Kudrat.

“Kerjasama ini bukan sekadar meletakkan logo pada produk, tetapi menghasilkan sesuatu yang dibuat khas untuk dunia Kudrat.

“Christy Ng mempunyai keunikannya sendiri sebagai jenama tempatan yang dekat dengan pengguna Malaysia, begitu juga dengan Kudrat,” jelasnya.

Sementara itu, Pengasas Jenama Christy Ng, Christy Ng berkata, rekaan koleksi berkenaan mengambil kira kesesuaian produk dengan pakaian seragam sekolah, latar set serta zaman yang dipaparkan dalam siri tersebut.
 

Image
HOUSE OF KUDRAT INSERT
-Kredit Astro Shaw

Menurutnya, pendekatan itu penting bagi memastikan produk yang digayakan melengkapi keseluruhan penampilan pelakon.

“Kami menghasilkan produk yang sesuai digunakan oleh lelaki dan wanita, kemudian memadankannya dengan pakaian seragam sekolah serta latar set.

“Unsur Kudrat 1968 diterapkan melalui logo, padanan warna dan juga bahan yang digunakan supaya produk itu mencerminkan latar zaman serta melengkapi penampilan pelakon dalam siri ini,” katanya.

Episod ketiga Kudrat 1968: High Council akan disiarkan pada 9 Oktober dan boleh distrim di Astro X3 dan sooka.

Must Watch Video

Advertisement