awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arab Saudi sedia perkhidmatan Wi-Fi untuk jemaah haji

Bernama
Bernama
07/06/2024
08:25 MYT
Arab Saudi sedia perkhidmatan Wi-Fi untuk jemaah haji
Wi-Fi berkelajuan tinggi itu membolehkan jemaah melayari perkhidmatan elektronik kementerian dan memuat turunnya terus ke peranti pintar mereka. - Gambar fail/Unsplash
MEKAH: Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi, yang diwakili oleh cawangannya di wilayah Makkah, telah menyediakan perkhidmatan Wi-Fi percuma untuk jemaah haji di Masjid Al-Tanaim dan Al-Hal di kawasan Al-Ji'rranah serta miqat Qarn Al-Manazil dan Wadi Muharram.
Perkhidmatan ini merupakan sebahagian daripada perkhidmatan teknikal yang diluluskan oleh kementerian untuk pelan haji 1445H, yang bertujuan meningkatkan pengalaman jemaah melalui akses kepada teknologi moden dan platform digital, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Menurut Saudi Press Agency (SPA), Wi-Fi berkelajuan tinggi itu membolehkan jemaah melayari perkhidmatan elektronik kementerian dan memuat turunnya terus ke peranti pintar mereka.
Lebih menarik, Koleksi Perpustakaan Islam yang memiliki lebih 3,000 bahan undang-undang dan saintifik dalam lebih 45 bahasa boleh diakses melalui Wi-Fi ini.
Perkhidmatan percuma itu membolehkan jemaah mencari jawapan kepada soalan berkaitan haji dan menonton video bermaklumat serta panduan yang dihasilkan oleh kementerian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jemaah haji
#Wi-Fi
#Mekah
#Arab Saudi
#perkhidmatan
#kemudahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan