awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maxwell enggan jawab soalan berkaitan Epstein dalam pendengaran Kongres AS
Siasat dan tahan pendakwah: Jangan timbul spekulasi negatif terhadap SPRM - Zamri
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arab Saudi wajibkan semula pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal di semua tempat

Bernama
Bernama
29/12/2021
10:43 MYT
Arab Saudi wajibkan semula pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal di semua tempat
Sehingga semalam, Arab Saudi mencatatkan 602 kes jangkitan baharu, 147 kes sembuh dan satu kematian. - Reuters
KERAJAAN Arab Saudi mewajibkan semula pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal di kesemua tempat tertutup dan terbuka bermula Khamis.
Agensi Berita Saudi (SPA) yang memetik sumber Kementerian Dalam Negeri Saudi melaporkan keputusan itu dibuat selepas kes harian jangkitan COVID-19 di negara itu kembali melonjak.
Sehingga semalam, Arab Saudi mencatatkan 602 kes jangkitan baharu, 147 kes sembuh dan satu kematian.
Pada Oktober lepas, Arab Saudi mengumumkan beberapa kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 antaranya individu yang sudah divaksin sepenuhnya tidak perlu lagi memakai pelitup muka di tempat awam terbuka.
Kementerian itu menjelaskan, semua prosedur dan arahan semasa tertakluk kepada penilaian berterusan oleh pihak berkuasa kesihatan, berdasarkan perkembangan situasi epidemiologi tempatan dan global.
Kementerian itu turut mengulangi gesaan supaya orang ramai mematuhi langkah berjaga-jaga dan segera melengkapkan dos vaksinasi mereka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#COVID-19
#pelitup muka
#penjarakan fizikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan