awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Armenia, Azerbaijan setuju bebaskan tahanan

Bernama
Bernama
08/12/2023
10:10 MYT
Armenia, Azerbaijan setuju bebaskan tahanan
Kedua-dua negara telah terlibat dalam konflik selama 30 tahun membabitkan Nagorno-Karabakh. - Gambar AP
KUALA LUMPUR: Armenia dan Azerbaijan pada Khamis bersetuju untuk saling membebaskan tahanan, menurut kenyataan bersama kedua-dua negara yang disiarkan oleh Agensi Berita Azerbaijan (AZERTAC) di laman sesawangnya.
Laporan itu menyebut Azerbaijan membebaskan 32 anggota tentera Armenia sebagai pertukaran bagi dua tentera Azerbaijan selepas persetujuan dicapai susulan perbincangan antara Pentadbiran Presiden Azerbaijan dan Pejabat Perdana Menteri Armenia.
Kedua-dua negara yang telah terlibat dalam konflik selama 30 tahun membabitkan Nagorno-Karabakh, berkongsi pandangan bahawa terdapat peluang untuk mencapai keamanan yang dinanti-nantikan di rantau itu.
Kedua-dua negara mengesahkan semula hasrat mereka untuk menormalkan hubungan dan mencapai perjanjian damai atas dasar menghormati prinsip kedaulatan dan integriti wilayah," menurut kenyataan itu.
Hasil kejayaan rundingan itu, Armenia menyokong Azerbaijan dalam usahanya untuk menjadi tuan rumah Sesi ke-29 Persidangan Pihak-Pihak (COP29) kepada Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim, dengan menarik balik pencalonan negaranya.
Azerbaijan pula menyokong pencalonan Armenia untuk menganggotai Biro COP Kumpulan Eropah Timur.
Armenia dan Azerbaijan akan terus berbincang mengenai pelaksanaan lebih banyak langkah memperkasa keyakinan. Mereka juga menggesa masyarakat antarabangsa supaya menyokong usaha mereka kerana ini akan menyumbang kepada membina kepercayaan bersama antara kedua-dua negara dan akan memberi kesan positif kepada seluruh wilayah Kaukasus Selatan, menurut kenyataan itu.
Hubungan antara Azerbaijan dan Armenia tegang sejak 1991 apabila tentera Armenia menduduki Nagorno-Karabakh, sebuah wilayah yang diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai sebahagian daripada Azerbaijan, serta tujuh wilayah berdekatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azerbaijan
#Armenia
#bebas tahanan
#Nagorno-Karabakh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan