Asap paksa pesawat Qantas lakukan pendaratan cemas di Adelaide

Jurucakap Qantas berkata pesawat E190 itu mendarat dengan selamat di Adelaide dan akan diperiksa oleh jurutera sebelum kembali beroperasi. - Gambar fail/Reuters
CANBERRA: Sebuah pesawat Qantas yang dalam penerbangan dari Australia Selatan (SA) ke ibu negara Canberra terpaksa berpatah balik dan melakukan pendaratan cemas sejurus berlepas pada pagi Rabu selepas asap dikesan di dalam kabin, lapor Xinhua.
Ringkasan AI
- Pesawat Qantas terpaksa berpatah balik dan melakukan pendaratan cemas sejurus berlepas ke Canberra akibat asap dikesan di dalam kabin.
- Penerbangan QF1972 mendarat semula di Lapangan Terbang Adelaide selepas juruterbang meminta pendaratan keutamaan disebabkan penemuan asap.
- Semua penumpang dipindahkan ke penerbangan alternatif setelah pesawat E190 selamat mendarat di Adelaide.
Menurut jurucakap itu, semua penumpang di dalam pesawat berkenaan telah ditempatkan dalam penerbangan alternatif yang berlepas dari Adelaide pada kira-kira 8.30 pagi waktu tempatan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


