INTERNATIONAL
ASEAN ganti AS? Boleh dan tidak – Syed Hamid

Syed Hamid berkata dunia perlu mengisi vakum pengaruh kepimpinan global yang ditinggalkan AS. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Dunia perlu mengisi vakum pengaruh kepimpinan global yang ditinggalkan oleh Amerika Syarikat (AS).
Ringkasan AI
- Kekosongan Kepimpinan Global: Dunia kini menghadapi kekosongan kepimpinan global yang ditinggalkan oleh Amerika Syarikat (AS).Peranan ASEAN: Untuk ASEAN menggantikan peranan AS, ia memerlukan formulasi baharu yang disesuaikan dengan cabaran geopolitik semasa.Hubungan ASEAN dan Asia Barat: Walaupun ASEAN kini lebih fokus kepada pembangunan dan pelaburan, Syed Hamid terbuka untuk ASEAN memainkan peranan lebih besar dalam isu-isu Asia Barat.
“Pendekatan (menggantikan kedudukan AS) ini ada baiknya, tetapi kita perlu sedar bahawa rantau (Asia Barat) ini mempunyai masalah yang berbeza dengan kita,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Rabu.
Menurut Syed Hamid, tumpuan ASEAN ketika ini ialah memacu pembangunan dan menarik lebih banyak pelaburan, sedangkan situasi di Asia Barat lebih bersifat ketegangan politik.
Pada masa sama, Syed Hamid tetap terbuka untuk melihat ASEAN lebih berperanan dalam isu-isu yang berbangkit di Asia Barat. Pandangan itu adalah berdasarkan kepada sejarah panjang yang dikongsi antara rantau Asia Tenggara dan Asia Barat.
“Daripada segi gerakan (ke arah menggantikan AS), ia gerakan yang baik. Di mana ia akan berakhir, masih terlalu awal untuk dimuktamadkan.
“Hubungan antara Asia Barat dengan ASEAN ada hubungan konteks secara yang panjang, yang memerlukan pendekatan baharu dengan mengambil kira landskap politik dunia yang berubah,” ujarnya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami