KUALA LUMPUR: ASEAN boleh menjadi kuasa berpengaruh dalam membantu mengurus cabaran yang semakin meningkat dalam dinamik Indo-Pasifik yang berkembang, kata saintis geopolitik Dr Johan Saravanamuttu.
Bagaimanapun, beliau berkata blok itu mesti mengekalkan prinsip berkecuali dan keperantaraan dalam menangani potensi pasca orde dunia hegemoni dalam persekitaran hibridisasi politik semasa global.
"ASEAN boleh mengambil tempat yang lebih kukuh. Kini banyak isu muncul di rantau Indo-Pasifik dan ASEAN mampu menjadi platform pertemuan bagi membawa masuk semua protagonis untuk berdialog dalam kumpulan yang lebih besar bagi mengurangkan ketegangan," katanya kepada Bernama selepas Indo Pacifc Dialogue: The Emerging Indo-Pacific Order - ASEAN, Malaysia and the EU Perspectives, di sini pada Selasa.
Dialog itu juga bertepatan dengan Hari ASEAN (8 Ogos).
Beliau berkata ASEAN sebagai kuasa tengah sudah pun menggunakan sistem dialognya seperti dalam Forum Serantau ASEAN (ARF) dan dalam tuntutan wilayah bertindih di Laut China Selatan.
Namun, beliau yakin ASEAN mampu menjadi lebih proaktif dan dapat memainkan peranan lebih besar untuk tujuan itu.
"ASEAN melibatkan neutralisme positif. Ia bukan hanya duduk tanpa berbuat apa-apa. Ia sentiasa mengusahakan sesuatu. Ia sudah wujud dan hanya memerlukan dorongan tambahan," katanya.
Johan yang juga felow kanan di Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS), Universiti Teknologi Nanyang, Singapura berpendapat bahawa ASEAN juga harus lebih lantang dalam banyak isu geopolitik dan keselamatan di rantau ini dan dunia.
Sebagai contoh, dalam kes AUKUS yang dijangkakan boleh memberi kesan kepada keselamatan rantau Asia Tenggara.
Pengarah Pusat Serantau ASEAN Universiti Malaya (CARUM) Dr Rahul Mishra pula berkata ASEAN boleh bersuara lebih lantang untuk terus kekal relevan berdasarkan kewujudkan ancaman bukan keselamatan di seluruh dunia.
"ASEAN boleh memain peranan lebih penting di peringkat global, terutama sejak pandemik COVID-19 yang menyaksikan wujud cabaran keselamatan bukan tradisional yang lebih besar dihadapi oleh dunia.
"Sebagai contoh, ia boleh menggunakan diplomasi kesihatan sebagai saluran, dengan mewujudkan mekanisme yang mantap dan melibatkan aktor antarabangsa untuk bersedia menghadapi sebarang wabak pada masa hadapan," katanya.
ASEAN yang ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 kini dianggotai 10 negara iaitu Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 08 2023

ASEAN boleh menjadi kuasa berpengaruh dalam membantu mengurus cabaran yang semakin meningkat dalam dinamik Indo-Pasifik yang berkembang. - Gambar hiasan/BERNAMA

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, teruskan aliran meningkat
Ringgit meneruskan aliran naik semasa awal dagangan didorong minat belian ke atas mata wang tempatan.
Bagaimana untuk solar Malaysia terus bersinar di tengah ketidaktentuan global?
Malaysia kekal kukuh dalam sektor solar meskipun berdepan duti import tinggi Amerika Syarikat (AS), berikutan tumpuan tempatan pada tenaga bersih dan National Energy Transition Roadmap (NETR). Ikuti kupasan di Niaga AWANI tentang peluang pertumbuhan dan pelaburan baharu dalam landskap solar negara.
Data terkini prestasi perdagangan Malaysia
Prestasi perdagangan Malaysia pada Mac 2025 mencatatkan peningkatan 1.2%, namun menghadapi cabaran besar seperti ketegangan perdagangan global dan permintaan sektor tertentu yang tidak menentu. Artikel ini membincangkan soalan-soalan kritikal yang perlu ditanyakan kepada pakar ekonomi untuk memahami prospek masa depan Malaysia dalam landskap perdagangan global yang berubah pantas.

Sekolah 'sorok' kes guru cabul 20 murid selama lebih 3 tahun
Kes tersebut terbongkar selepas seorang murid tahun dua memberitahu ibu bapanya bahawa dia menjadi mangsa cabul oleh guru berkenaan.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 29 April 2025
Ringgit ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh lebih lima bulan berbanding dolar Amerika Syarikat.
Bagaimana prestasi pembukaan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) setakat Selasa? Ikuti perkongsian lanjut di Niaga AWANI.
Bagaimana prestasi pembukaan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) setakat Selasa? Ikuti perkongsian lanjut di Niaga AWANI.

Kad Nusuk dilengkapi kod QR elak pemalsuan - Mohd Na'im
Kad Nusuk kini dilengkapi dengan kod QR bagi mengelakkan sebarang cubaan pemalsuan terhadap kad pengenalan rasmi jemaah haji.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 29 April 2025
Bursa Malaysia naik hari keempat berturut-turut, indeks komposit ditutup pada paras tertinggi harian.
Bagaimana prestasi dagangan FBM
Bagaimana prestasi dagangan FBM
Jiwa SME: Kerjasama Petronas Lubricants dan Glide Technology untuk menyokong pertumbuhan tenaga Malaysia
Petronas Lubricants International (PLI) dan Glide Technology Sdn Bhd (Glide) bekerjasama dalam pengedaran minyak penebat premium Petronas Tranol Glide untuk meningkatkan prestasi sistem tenaga negara.

Bakar rumah selepas ibu enggan beri wang beli dadah
Suspek kini telah ditahan dan akan berdepan pertuduhan melakukan perbuatan khianat.

Hetty Koes Endang nyanyi percuma, kementerian jimat RM100,000 - Mat Sabu
Mat Sabu memuji kebaikan Hetty yang sanggup menghiburkan tetamu majlis berkenaan tanpa mengenakan sebarang bayaran.

AS tidak akan mengabaikan suara kolektif ASEAN - Penganalisis
Amerika Syarikat (AS) dijangka tidak akan membiarkan dasar mengenai kadar tarif yang tidak munasabah ke atas negara-negara ASEAN berterusan.

Ringgit ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh lebih lima bulan berbanding dolar AS
Ringgit melantun semula berbanding dolar AS untuk ditutup pada paras tertingginya dalam tempoh lebih lima bulan.

Malaysia mahu perluas kerjasama melangkaui ASEAN, intai perkongsian dengan Maldives
Malaysia sedang menggiatkan usaha untuk memperkukuh kerjasama dalam ASEAN dan juga dengan negara jiran lain seperti Maldives, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

ASEAN: Malaysia terajui agenda hak asasi manusia melalui dua perbincangan strategik
Edmund Bon Tai Soon akan menganjurkan dua perbincangan penting berkaitan hak asasi manusia di peringkat serantau.

Sistem AI perlu dibangunkan dengan kod teras, elak sebar kandungan lucah - Persatuan IoT Malaysia
AI perlu dibangunkan dengan kod teras bagi menghalang penyalahgunaan seperti penghasilan dan penyebaran kandungan berunsur lucah.

UPP PDRM perkukuh aspek keselamatan menjelang Sidang Kemuncak ASEAN 2025
UPP, sebuah unit khas di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM), memainkan peranan penting dalam memperkukuh aspek keselamatan dan keyakinan pelancong menjelang Sidang Kemuncak ASEAN 2025.

Pendirian ASEAN berkecuali beri impak positif - Amir Hamzah
ASEAN secara konsisten mengekalkan pendirian berkecuali dalam hubungannya dengan Amerika Syarikat (AS) dan China.

Malaysia tidak akan terlalu tumpu pada unjuran pertumbuhan tetapi fokus kepada bina daya tahan - Amir Hamzah
Tumpuan perlu diberi kepada membina daya tahan dan mekanisme dan dasar yang tepat untuk terus berkembang dalam ketidaktentuan global.

Tarif Trump: AS tidak akan tinggalkan ASEAN - Penganalisis
Prof Sufian berpendapat Amerika Syarikat tidak akan meninggalkan ASEAN kerana akan membuka peluang lebih besar untuk China untuk meluaskan pengaruh mereka.

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau - Abang Johari
AirBorneo yang dijadualkan memulakan operasi pada 2026 akan meningkatkan kesalinghubungan serantau dalam kalangan negara anggota ASEAN.