JAKARTA: Negara-negara ASEAN perlu bersatu dalam mempertahankan rantau ini daripada tindakan memecah belah oleh kuasa besar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sewaktu menyampaikan ucapan pencelahan di hari pertama sesi awal Sidang Kemuncak ASEAN ke-43, beliau berkata, kesemua negara terlibat perlu sentiasa memegang teguh konsep Kesatuan ASEAN.
Kata Perdana Menteri, blok ASEAN perlu mengukuhkan institusi kapasiti, memperkemas mekanisme dan memastikan pelaksanaan keputusan yang tepat pada masanya.
“Kita sama sekali tidak boleh membiarkan apa jua yang dicapai selama ini, diganggu-gugat oleh pertelingkahan yang tidak terkawal oleh kuasa-kuasa besar ini,” tegasnya lagi.
Menyentuh mengenai penerbitan Peta Standard China 2023, Anwar berkata, Malaysia telahpun mengeluarkan pendirian tegas berhubung isi tersebut.
Beliau berkata isu berkenaan Laut China Selatan perlu ditangani dengan rasional melalui dialog dan konsultasi selaras dengan prinsip perundangan antarabangsa, termasuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenai Undang-undang Lautan 1982 (UNCLOS)
Anwar berkata, sewaktu awal penubuhan ASEAN, banyak pandangan negatif terhadap kerjasama negara terlibat, khususnya tentang perbezaan dan kepelbagaian yang dilihat satu liabiliti.
Namun katanya lagi, ternyata perbezaan dan kepelbagaian itu akhirnya dijadikan bukti kekuatan sebenar ASEAN.
“Hari ini, mereka yang berada di luar rantau telah mengiktiraf ASEAN sebagai salah satu persatuan yang berjaya, khususnya tentang keupayaannya dalam mengekalkan keamanan, keterjaminan dan kemakmurannya.
“Ini bagaimanapun telah menarik perhatian pihak luar untuk mewujudkan kerjasama dengan ASEAN, termasuk kuasa-kuasa besar, yang pertelingkahan mereka berlaku di tengah-tengah dan selari dengan rantau kita,” katanya Anwar.
Perdana Menteri berkata, persaingan antara kuasa-kuasa besar itu telah memberi kesan kepada pelaksanaan inisiatif dan kerjasama di bawah mekanisme ASEAN seperti Persidangan Kemuncak Asia Timur dan Forum Serantau ASEAN.
Atas sebab itu, beliau menegaskan, ASEAN mempunyai kesempatan yang unik melalui platform tambahannya, untuk membawa bersama-sama pihak yang bersaing ini, dan mengingatkan mereka keperluan dan kepentingan untuk mengutamakan dialog dan kerjasama, bagi mempromosi persaingan sihat dan memastikan keamanan berkekalan di rantau ini.
Firdaus Azil
Tue Sep 05 2023
![ASEAN perlu lindungi diri daripada ancaman kuasa besar - PM Anwar ASEAN perlu lindungi diri daripada ancaman kuasa besar - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61693896026_ASEAN.jpg)
Sewaktu menyampaikan ucapan pencelahan di hari pertama sesi awal Sidang Kemuncak ASEAN ke-43, Perdana Menteri berkata, kesemua negara terlibat perlu sentiasa memegang teguh konsep Kesatuan ASEAN.. - Gambar/ Pejabat Perdana Menteri
![Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039049_TanSriDrSitiZaha.jpg)
Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam
Jenazah bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam hari ini.
![Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722053002_tbBevPriestman.jpg)
Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita
Ketua jurulatih pasukan kebangsaan wanita Kanada, Bev Priestman, disingkirkan daripada pasukan bola sepak Olimpik Paris negara itu kerana skandal yang melibatkan penggunaan dron untuk mengintip lawan.
![Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716287876_cuacapanas.jpg)
Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba
JBPM Zon Sibu mengingatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka ketika cuaca panas dan kering yang melanda Sarawak sekarang.
Valor Fun Run tampil lorong berasingan buat wanita
Bagi meraikan amalan gaya hidup sihat, serta bahang Sukan Olimpik Paris 2024.
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Tawaran dua tahun awal demi kebaikan jemaah musim seterusnya
Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman maklumkan, antara pembaharuan akan diperkenalkan Lembaga Tabung Haji, TH nanti termasuk mengeluarkan surat tawaran mengerjakan haji dua tahun lebih awal
Waspada penipuan pakej haji, elak langgar fatwa
Pada musim haji akan datang, rakyat Malaysia dinasihatkan tidak tertipu dengan kuota yang diberikan selain pengendali tunggal di Malaysia oleh tabung haji.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
![Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722055634_tbFadhlinaSidek.jpg)
Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina
Isu pendidikan dan cabaran membina negara khususnya mempertahankan nilai, moral dan agama dibincangkan antara KPM dan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia.
'UMNO perlu guna media sosial dekati pengundi PRU16'
Itu tegas Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berkata, langkah itu perlu kerana kaedah lama sudah tidak relevan dan gerak kerja jentera UMNO perlu mengikut kesesuaian serta keperluan semasa supaya lebih berkesan.
![Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722053039_tbSitiZaharahSulai.jpg)
Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman
Beberapa pemimpin kerajaan dan parti hari ini merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman.
Bekas Menteri, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia
Sebagaimana dimaklumkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Maran Datuk Seri Shahaniza Samsuddin di Facebooknya, bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia pada jam 11.23 malam tadi.
![Pemukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN bermula di Laos Pemukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN bermula di Laos](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51706509410_Laos.jpg)
Pemukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN bermula di Laos
Pemukiman itu turut akan menyentuh isu-isu berkaitan pembinaan Komuniti ASEAN, hubungan luar negeri serta situasi serantau dan antarabangsa.
![Kerjasama ekonomi antara ASEAN dan rakan dialog semakin positif - Anwar Kerjasama ekonomi antara ASEAN dan rakan dialog semakin positif - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694121965_AnwarIbrahim.jpg)
Kerjasama ekonomi antara ASEAN dan rakan dialog semakin positif - Anwar
Selain isu serantau dan antarabangsa, persidangan turut beri penekanan kepada kerjasama ekonomi di pelbagai sektor.
![PM Anwar hadiri mesyuarat rakan dialog pada hari terakhir Sidang Kemuncak ASEAN PM Anwar hadiri mesyuarat rakan dialog pada hari terakhir Sidang Kemuncak ASEAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694059851_TBAnwarIbrahimASE.jpg)
PM Anwar hadiri mesyuarat rakan dialog pada hari terakhir Sidang Kemuncak ASEAN
Sidang kemuncak itu dimulakan dengan penyertaan Anwar dalam Sidang Kemuncak ASEAN-India ke-20 yang dihadiri PM India Narendra Modi.
![ASEAN perlu lindungi diri daripada ancaman kuasa besar - PM Anwar ASEAN perlu lindungi diri daripada ancaman kuasa besar - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61693896026_ASEAN.jpg)
ASEAN perlu lindungi diri daripada ancaman kuasa besar - PM Anwar
Negara-negara ASEAN perlu bersatu dalam mempertahankan rantau ini daripada tindakan memecah belah oleh kuasa besar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Penyertaan Malaysia di sidang kemuncak perkukuh Kepusatan ASEAN - PM Penyertaan Malaysia di sidang kemuncak perkukuh Kepusatan ASEAN - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71693834009_AnwarIbrahim.jpg)
Penyertaan Malaysia di sidang kemuncak perkukuh Kepusatan ASEAN - PM
Perdana Menteri berkata ia turut menggalakkan keterangkuman dan keterbukaan ASEAN dalam menjalin hubungan dengan rakan luar.
![Sidang Kemuncak ASEAN, G20: Korea Selatan desak tindak balas tegas ancaman Pyongyang Sidang Kemuncak ASEAN, G20: Korea Selatan desak tindak balas tegas ancaman Pyongyang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41693802799_yoonsukyeolPresi.jpg)
Sidang Kemuncak ASEAN, G20: Korea Selatan desak tindak balas tegas ancaman Pyongyang
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol berkata beliau akan menggesa masyarakat antarabangsa untuk memberikan tindak balas yang tegas terhadap ancaman nuklear dan peluru berpandu Korea Utara.
![Sidang Kemuncak ASEAN: PM Anwar ketuai delegasi Malaysia, bawa mesej kesatuan Sidang Kemuncak ASEAN: PM Anwar ketuai delegasi Malaysia, bawa mesej kesatuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41693734077_ZambryAbdulKadir.jpg)
Sidang Kemuncak ASEAN: PM Anwar ketuai delegasi Malaysia, bawa mesej kesatuan
Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, ini merupakan Sidang Kemuncak yang pertama bagi Perdana Menteri bersama tujuh Rakan Dialog ASEAN.
![PM Anwar bincang hubungan, kerjasama dua hala bersama empat pemimpin ASEAN PM Anwar bincang hubungan, kerjasama dua hala bersama empat pemimpin ASEAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51683731371_AnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar bincang hubungan, kerjasama dua hala bersama empat pemimpin ASEAN
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan mengadakan pertemuan dengan empat pemimpin ASEAN bagi membincangkan hubungan dan kerjasama dua hala.
![ASEAN mesti tekankan usaha integrasi serantau tatkala persekitaran global bermasalah - PM Lee ASEAN mesti tekankan usaha integrasi serantau tatkala persekitaran global bermasalah - PM Lee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683720405_LeadersofASEANmem.jpg)
ASEAN mesti tekankan usaha integrasi serantau tatkala persekitaran global bermasalah - PM Lee
ASEAN mesti meneruskan usaha integrasi serantaunya memandangkan persekitaran global yang semakin bermasalah, walaupun dunia berjaya menangani pandemik COVID-19.
![Sidang Kemuncak ASEAN 2023: Penyertaan Timor Leste, krisis Myanmar antara tumpuan - Zambry Sidang Kemuncak ASEAN 2023: Penyertaan Timor Leste, krisis Myanmar antara tumpuan - Zambry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51683541413_TBasean.jpg)
Sidang Kemuncak ASEAN 2023: Penyertaan Timor Leste, krisis Myanmar antara tumpuan - Zambry
Pelan hala tuju penyertaan Timor Leste ke dalam ASEAN antara perkara yang bakal menjadi tumpuan sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-42 di Labuan Bajo, Indonesia pada 9 hingga 11 Mei ini.