Menteri Luar Australia, Julie Bishop mencadangkan supaya tribunal yang menyerupai kes pengeboman Lockerbie pada 1988 diguna pakai terhadap pihak yang bertanggungjawab ke atas insiden nahas penerbangan Malaysia Airlines MH17.
Menurutnya, tribunal itu menjadi pilihan sekiranya Rusia menggunakan kuasa veto bagi menghalang cubaan menyiasat dengan lebih lanjut punca nahas berkenaan.
Bishop berkata kaedah tribunal antarabangsa boleh mencerminkan tribunal pengeboman penerbangan, Pan Am 103, di Lockerbie, Scotland.
“Terdapat beberapa pilihan, antaranya cara pendakwaan Lockerbie (merujuk kepada pengeboman pesawat 1988) iaitu tribunal yang ditubuhkan oleh komuniti antarabangsa.
"Atau kaedah lain menerusi pendakwaan domestik contohnya di Belanda, dan asalkan mereka mempunyai kuasa ekstradasi dan sebagainya, pendakwaan boleh dilakukan dalam bidang kuasa domestik bertujuan menjaga kepentingan 298 mangsa dalam pesawat berkenaan,” katanya dalam program bual bicara Australia, Insider pada Sabtu.
Mahkamah khas di Scotland ditubuhkan di Belanda bagi memudah perbicaraan ke atas dua rakyat Libya yang bertanggungjawab ke atas nahas berkenaan di mana seorang daripada dua didapati bersalah pada tahun 2001.
Bulan lalu, penyiasat Belanda mendakwa mereka mempunyai bukti kukuh bahawa pesawat MH17 ditembak oleh peluru berpandu permukaan-ke-udara (BUK) dari Rusia.
Pesawat Boeing B-777 itu dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala lumpur, apabila ditembak di wilayah Donetsk, Timur Ukraine, pada 17 Julai 2014 mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal, termasuk 44 rakyat Malaysia.
Agensi
Sun Oct 02 2016
Bishop (gambar) berkata kaedah tribunal antarabangsa boleh mencerminkan tribunal pengeboman penerbangan, Pan Am 103, di Lockerbie, Scotland. - Foto AFP
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Bekas Menteri Luar Australia dilantik Utusan Khas PBB ke Myanmar
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres pada Jumaat melantik bekas Menteri Luar Australia Julie Bishop sebagai Utusan Khas PBB ke Myanmar.
Enggan jawab spekulasi, Malaysia belum mohon ekstradisi Sirul - Australia
Menteri Luar Australia, Julie Bishop mengesahkan sehingga ketika ini Kerajaan Malaysia tidak pernah membuat sebarang permohonan mengekstradisi Sirul Azhar Umar.
Nama suspek tembak jatuh MH17 akan didedahkan
Menteri Luar Australia Julie Bishop menjelaskan nama suspek yang terlibat dalam insiden berkenaan akan didedahkan hujung tahun ini.
Australia cadang tribunal MH17 menyerupai kes Lockerbie
Menteri Luar Australia, Julie Bishop mencadangkan supaya tribunal yang menyerupai kes pengeboman Lockerbie pada 1988 digunapakai.
Australia akan desak siasatan jenayah ke atas nahas MH17
Australia akan meminta Ukraine melakukan siasatan jenayah yang rapi untuk mencari dan menghukum mereka yang bertanggungjawab ke atas nahas pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17.
Australia tawar bayar kos penjara seumur hidup bagi dua banduannya di Indonesia
Australia membuat tawaran menanggung kos penjara seumur hidup dua banduan warganegaranya yang dikenakan hukuman mati di Indonesia.
MH17: Jangan jadikan mayat sebagai bahan rundingan- Julie Bishop
Berhenti menggunakan mayat mangsa MH17 sebagai bahan kata Menteri Luar Australia Julie Bishop yang menggesa Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menyokong draf resolusi Australia.
MH17: Australia akan beri tekanan terhadap PBB
Australia mendesak resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mendapatkan akses yang bebas dan terbuka di lokasi nahas.