awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
DUNIA
Qatar sambut baik perjanjian gencatan senjata antara Iran dan Israel
MALAYSIA
Juruterbang rugi lebih RM190,000 terperdaya tawaran pakej haji palsu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Australia pertimbang masukkan YouTube dalam larangan media sosial kerajaan

Bernama
Bernama
24/06/2025
12:02 MYT
Sponsor Banner
Australia pertimbang masukkan YouTube dalam larangan media sosial kerajaan
YouTube pada awalnya dikecualikan daripada undang-undang itu, namun Grant berkata kerajaan tidak seharusnya mengecualikan mana-mana platform tertentu. - Pexels
PESURUHJAYA eKeselamatan Australia Julie Inman Grant mengesyorkan agar YouTube dimasukkan dalam senarai larangan media sosial kerajaan bagi golongan muda di bawah umur 16 tahun, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik media tempatan pada Selasa.
Australia dijangka melaksanakan larangan ke atas platform media sosial seperti TikTok, Instagram, Facebook, X dan Snapchat untuk remaja, dengan keputusan muktamad akan dibuat oleh Menteri Komunikasi, menurut penyiar tempatan SBS News.
Pada November tahun lepas, Australia menjadi negara pertama di dunia meluluskan undang-undang yang melarang kanak-kanak daripada menggunakan media sosial.
Undang-undang baharu itu dijangka berkuat kuasa hujung tahun ini yang akan menghalang individu berusia 16 tahun ke bawah daripada menggunakan platform, termasuk TikTok, Instagram, Snapchat, Facebook dan X.
YouTube pada awalnya dikecualikan daripada undang-undang itu, namun Grant berkata kerajaan tidak seharusnya mengecualikan mana-mana platform tertentu.
"Kami mencadangkan tiada platform dikecualikan kerana tahap risiko dan mudarat boleh berubah pada bila-bila masa," kata Grant merujuk kepada ancaman dalam talian yang dihadapi kanak-kanak dan pelaksanaan larangan media sosial untuk remaja yang bakal dikuatkuasakan.
"Saya percaya mana-mana platform yang mendakwa mereka benar-benar selamat sebenarnya hanya bermain dengan kata-kata," katanya.
Beliau menegaskan cadangan itu tidak akan menghalang guru daripada memaparkan kandungan pendidikan YouTube tanpa log masuk ke platform berkenaan.
Google, pemilik YouTube, berkata platform itu digunakan di bilik darjah seluruh Australia dan menggesa kerajaan membenarkan golongan muda di Australia untuk terus mengaksesnya.
"YouTube bukan platform media sosial; ia adalah platform penstriman video dengan perpustakaan kandungan percuma berkualiti tinggi dan semakin ditonton melalui skrin TV," kata jurucakap syarikat itu.
Menurut kajian baharu, tujuh daripada 10 kanak-kanak terdedah kepada kandungan berbahaya -- termasuk kebencian dan kandungan yang menggalakkan pemakanan tidak teratur.
Sementara itu, 36 peratus kanak-kanak mengalami penderaan dalam talian daripada rakan sebaya mereka di platform itu, 36 peratus lagi melalui aplikasi pemesejan dan 26 peratus melalui platform permainan dalam talian, menurut kajian berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Australia
#larangan
#media sosial
#YouTube
#remaja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami