Perdana Menteri Australia Tony Abbott terus merayu pada Indonesia agar memberi perhatian terhadap permintaan bagi membebaskan dua rakyatnya yang terlibat kes penyeludupan dadah daripada dijatuhkan hukuman mati.
Abbott pada masa yang sama beri amaran bahawa Canberra bakal bertindak sesuatu bagi menunjukkan ‘rasa tidak senang’ sekiranya hukuman itu diteruskan juga.
Andrew Chan, 31, dan Myuran Sukumaran, 33, berdepan hukuman mati oleh skuad penembak selepas didapati bersalah cuba menyeludup heroin dari Bali ke Australia pada tahun 2005.
“Jutaan warga Australia sangat kecewa tentang nasib dua individu tersebut di Indonesia. Saya merayu, walaupun dalam peringkat akhir ini, agar Indonesia memberi maklum balas kepada kami sama seperti mereka mahukan negara lain mendengar rayuan mereka berkaitan hukuman mati warga Indonesia di luar negara,” ujar Abbot.
Media Australia melaporkan bahawa terdapat 360 warga Indonesia menanti hukuman mati di negara-negara seperti Malaysia, Singapura, China, Saudi Arabia dan Qatar. Sejumlah 230 daripada jumlah itu adalah berkaitan dengan pendakwaan kes dadah.
Abbot mengungkit bahawa Australia selama ini sentiasa membantu Indonesia ketika berdepan masalah, khususnya ketika bencana tsunami Asia paa tahun 2004.
“Kami mengecam hukuman mati. Kami anggap itu tidak bertamadun,” kata Abbot kepada media negaranya.
Menteri Luar Australia Julie Bishop telah memberi amaran kepada Jakarta agar tidak memandang rendah terhadap kuasa emosi awam terhadap dua warganya yang sedang menanti hukuman tersebut.
Katanya, para pelancong akan memboikot Indonesia, khususnya Bali yang merupakan persinggahan popular dalam kalangan warga Australia.
Chan dan Sukumaran gagal mendapat pengampunan daripada Presiden Indonesia, Joko Widodo kerana pemimpin tersebut merupakan penyokong kuat ke atas hukuman mati bagi pesalah melibatkan kes dadah.
Sewaktu melawat kedutaan Besar Republik Indonesia di Kuala Lumpur dalam rangka kunjungan perdana ke Malaysia awal Februari lalu, Joko Widodo mengulang ikrar tersebut di hadapan ratusan rakyatnya.
“Indonesia sedang dalam darurat dadah. Setiap tahun sejumlah 18,000 rakyat kita mati akibat najis tersebut. Itu belum lagi termasuk 4.2 juta yang sedang menjalani rawatan pemulihan dan 1.2 juta lagi yang tidak dapat dipulihkan.
“Maka, saya kental dengan pendirian saya untuk tidak langsung memberi pengampunan kepada mana-mana pesalah kes dadah,” katanya yang menerima tepukan dan sorakan gemuruh tanda sokongan terhadap keputusan beliau.
Agensi
Sat Feb 14 2015
Abbott pada masa yang sama beri amaran bahawa Canberra bakal bertindak sesuatu ke atas Indonesia bagi menunjukkan rasa tidak senang sekiranya hukuman mati terhadap dua warganya diteruskan juga. - Gambar fail
Final Jelajah Dunia BWF: 'Hidung berdarah' tak halang Tang Jie-Ee Wei atasi wakil Indonesia
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, meneruskan rentak kemenangan dalam saingan kumpulan B Final Jelajah Dunia BWF 2024.
Rusia kecam AS kerana pemindahan aset ke Ukraine
Kementerian Luar Negeri Rusia menyatakan bahawa pemindahan 20 bilion dollar oleh Amerika Syarikat kepada Ukraine, yang dibiayai menggunakan aset Rusia yang dibekukan, merupakan tindakan "rompakan semata-mata".
Kementerian itu menuduh negara-negara G7 mencuri aset kedaulatan Rusia dan menganggap langkah Jabatan Perbendaharaan Amerika sebagai bentuk pengambilan wang yang tidak sah.
Kementerian itu menuduh negara-negara G7 mencuri aset kedaulatan Rusia dan menganggap langkah Jabatan Perbendaharaan Amerika sebagai bentuk pengambilan wang yang tidak sah.
Presiden Korea harus digantung serta merta - Ketua PPP
Ketua Parti Kuasa Rakyat (PPP) Korea Selatan, Han Dong-Hoon menyatakan Presiden Yoon Suk Yeol harus digantung serta-merta daripada tugasnya.
Menurut Han, satu-satunya cara ialah penggubal undang-undang daripada parti pemerintah perlu melakukan undian untuk pendakwaan ke atas Yoon.
Menurut Han, satu-satunya cara ialah penggubal undang-undang daripada parti pemerintah perlu melakukan undian untuk pendakwaan ke atas Yoon.
Tumbangnya rejim Assad buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Kejatuhan pemerintahan Baath di Syria minggu ini telah membuka jalan kepada keamanan dan keselamatan di negara itu.
Perkara itu dinyatakan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Rabu yang turut mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Perkara itu dinyatakan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Rabu yang turut mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Lima pegawai, anggota PGA tolak sogokan RM50,000
Lima pegawai dan anggota dari Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) menerima sijil Penghargaan daripada Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman pada Rabu.
Penghargaan itu diberikan atas tindakan mereka menolak sogokan berjumlah RM50,000 ringgit ketika penugasan OP Taring Wawasan di Kelantan, Isnin lalu.
Penghargaan itu diberikan atas tindakan mereka menolak sogokan berjumlah RM50,000 ringgit ketika penugasan OP Taring Wawasan di Kelantan, Isnin lalu.
Pesawah diminta daftar STTP untuk pampasan bencana alam
Sehubungan itu, Datuk Seri Mohamad Sabu meminta wakil rakyat memainkan peranan untuk membantu pesawah di kawasan masing-masing berdaftar dengan STTP supaya setiap daripada mereka dilindungi insuran diperkenalkan AgroBank.
Pengambilan guru dibawah Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)
Menurut Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, urusan pengambilan guru adalah dibawah Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) selaku pihak berkuasa yang melantik dan guru yang berminat perlu mendaftar dalam portal MySPP.
Semua calon guru akan melalui proses yang sama dan digalakkan untuk membuat permohonan di MySPP dan akan diberi perhatian dalam semua aspek semasa sesi temuduga.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Semua calon guru akan melalui proses yang sama dan digalakkan untuk membuat permohonan di MySPP dan akan diberi perhatian dalam semua aspek semasa sesi temuduga.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
98 peratus pengisian guru di Sarawak setakat 11 Disember
Sepanjang 2024, KPM berjaya menempatkan seramai 13,749 orang guru baharu lantikan tetap dan lantikan Contract of Service bagi sekolah rendah dan menengah ke seluruh negara.
Pengguna iPhone kini boleh kongsi fail dengan pantas ke peranti Windows seakan Airdrop
Pengguna iPhone Kini Boleh Kongsi Fail Dengan Pantas Ke Peranti Windows Seakan AirDrop
Banjir: Arus deras ranapkan kediaman didiami enam beranak
Asmah Ibrahim, 64 tahun tidak menyangka rumah batu yang didiami sejak puluhan tahun itu ranap dek kerana banjir kali ini.
Pesawat Qantas mendarat cemas di Lapangan Terbang Brisbane
Sebuah penerbangan domestik Qantas melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Brisbane, timur laut Australia pada Selasa.
Australia lulus undang-undang larang kanak-kanak guna media sosial
Berkuat kuasa penghujung 2025, individu berusia 16 tahun ke bawah akan dihalang daripada menggunakan platform seperti TikTok, Instagram, Snapchat, Facebook, Reddit dan X.
Kerajaan Australia batal cadangan undang-undang kawal maklumat salah
Kerajaan Australia secara rasmi menolak cadangan undang-undang yang akan mewajibkan syarikat media sosial untuk mengawal maklumat salah dan palsu di platform mereka.
Perniagaan Australia diwajibkan terima bayaran secara tunai
Perniagaan di Australia akan diwajibkan menerima bayaran secara tunai bagi barangan dan perkhidmatan penting di bawah mandat kerajaan.
Australia akan perkenal RUU haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
Pengharaman adalah secara menyeluruh walaupun pengguna menerima kebenaran daripada ibu bapa mereka.
Ahli farmasi warga Malaysia maut ditikam berulang kali di Melbourne
Seorang ahli farmasi warga Malaysia dibunuh di timur laut Melbourne, Australia pada Rabu lalu.
SOJC: Great Britain muncul juara kali keempat
Kemenangan skuad kendalian Jon Bleby itu ialah kali yang keempat selepas menjulang piala edisi 2015, 2018 dan 2019.
Raja Ilya selamat lahirkan bayi seberat 4.7kg di Australia, beri nama Royal Abraham
Raja Ilya meluahkan rasa syukur selepas menjalani pembedahan melahirkan bayi lelaki seberat 4.7 kilogram itu.
Kelayakan Piala Dunia: Australia musnahkan rekod sempurna Jepun
Gol sendiri Shogo Taniguchi memberi Australia kelebihan pada minit ke-58 tetapi kesilapan Camron Burgess menyelamatkan maruah Samurai Biru.
Australia minta rakyat tinggalkan Israel segera
Australia telah mengemas kini nasihat perjalanan untuk rakyatnya di Israel, menggesa mereka meninggalkan Israel dengan kadar segera.