awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Azerbaijan utamakan hubungan rapat dengan Malaysia - Presiden Aliyev

Bernama
Bernama
06/04/2023
08:45 MYT
Azerbaijan utamakan hubungan rapat dengan Malaysia - Presiden Aliyev
Presiden Aliyev turut menekankan mengenai kerjasama bermanfaat kedua-dua negara dalam institusi antarabangsa, khususnya dalam Pertubuhan Kerjasama Islam dan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali. -Gambar fail/Reuters
KUALA LUMPUR: Azerbaijan amat mementingkan hubungan persahabatannya dengan Malaysia, kata Presidennya Ilham Aliyev sempena ulang tahun ke-30 jalinan hubungan dua hala antara kedua-dua negara pada Rabu.
Dalam surat tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, beliau berkata Azerbaijan gembira melihat dinamika pembangunan hubungan antara negaranya dengan Malaysia dalam tempoh 30 tahun serta peningkatan kerjasama kedua-dua negara untuk kepentingan bersama.
Presiden Aliyev turut menekankan mengenai kerjasama bermanfaat kedua-dua negara dalam institusi antarabangsa, khususnya dalam Pertubuhan Kerjasama Islam dan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali.
"Hari ini, banyak peluang yang baik untuk mengembangkan lagi hubungan antara negara kita.
"Saya yakin kita akan terus memperdalam hubungan mesra dan kerjasama dua hala dan pelbagai hala menerusi usaha bersama dalam kedudukan semasa," katanya dalam surat berkenaan yang disediakan kepada Bernama oleh kedutaan Azerbaijan di Malaysia.
Kedua-dua negara menjalin hubungan diplomatik pada 5 April 1993.
Azerbaijan membuka kedutaannya di Kuala Lumpur pada Jun 2007 manakala kedutaan Malaysia di Baku dibuka pada 1 April 2014.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azerbaijan
#Yang di-Pertuan Agong
#Ilham Aliyev
#Hubungan dua hala
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan