awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Baghdad bermandi darah, 35 maut dalam serangan bunuh diri

Agensi
Agensi
31/05/2017
00:01 MYT
Baghdad bermandi darah, 35 maut dalam serangan bunuh diri
Keadaan kereta yang digunakan dalam serangan bunuh diri berhampiran pejabat kerajaan di Karkh, Baghdad, Iraq pada Selasa. - REUTERS/Khalid al-Mousily
Dua letupan bom kereta dan satu serangan bunuh diri meragut sekurang-kurangnya 35 nyawa di Baghdad, Iraq pada Selasa.
Serangan tengah malam itu turut mencederakan lebih 100 yang lain.
Lapor agensi berita Amaq, kumpulan pro Daish telah mengaku bertangungjawab terhadap ketiga-tiga serangan.
Menurut saksi, dalam kejadian pertama, sebuah kereta meletup berhampiran sebuah kedai ais krim popular di pusat beli belah di Karrada.
Serangan tengah malam itu membunuh 13 orang dan mencederakan 40 yang lain.
Selang beberapa jam kemudian sebuah kereta lagi meletup di tengah-tengah khalayak orang ramai di daerah Karkh. Kali ini ia meragut 10 nyawa dan mencederakan 44 yang lain.
Sebelum itu pada sebelah petangnya pula, seorang lelaki yang memakai jaket sarat dengan bahan letupan meletupkan dirinya sendiri di pusat pemeriksaan tentera di bandar Hit, ke barat Baghdad.
Kejadian meragut 12 nyawa termasuk tujuh anggota tentera dan mencederakan 24 yang lain.
Adalah menjadi kebiasaan untuk rakyat Iraq keluar beramai-ramai di bulan Ramadan sehingga ke lewat malam untuk menghabiskan masa dengan anggota keluarga sementara menanti waktu bersahur.
Karrada pernah berhadapan kejadian bom bunuh diri pada Julai 2016 dimana insiden serangan bom menggunakan trak meragut 324 nyawa.
Topic Berkaitan
#Baghdad
#bom
#bunuh
#bunuh diri
#Iraq
#letupan
#maut
#Ramadan
#serangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan