DALLAS: Seorang pegawai polis Dallas ditahan atas dua tuduhan membunuh, lebih setahun setengah selepas seorang lelaki memberitahu pegawai penyiasat dia diarah menculik dan membunuh dua individu pada 2017, kata pihak berkuasa.
Bryan Riser, pegawai polis yang sudah berkhidmat selamat 13 tahun itu, ditahan pada pagi Khamis dan dibawa ke Penjara Dallas untuk tindakan lanjut, menurut kenyataan polis.
Riser ditahan bagi kes pembunuhan Liza Saenz, 31, dan Albert Douglas, 61, selepas seorang lelaki tampil kepada pihak berkuasa pada Ogos 2019 dan memberitahu polis dia diarah menculik dan membunuh dua individu tersebut oleh Riser, kata Ketua Polis Dallas, Eddie Garcia dalam satu sidang media pada Khamis.
Tambahnya, motif pembunuhan belum dapat dikenal pasti, namun ia tiada kaitan dengan tugas Riser sebagai anggota polis.
Garcia tidak menjelaskan mengapa Riser ditahan hampir 20 bulan selepas saksi berkenaan tampil memberi keterangan kepada polis.
Riser mula berkhidmat sebagai anggota polis pada tahun 2008 dan menjadi pegawai peronda semasa siasatan mengenai pembabitannya dalam pembunuhan tersebut dijalankan.
Namun Garcia memberitahu, pegawai penyiasat homisid serta anggota Biro Siasatan Persekutuan (FBI) masih menjalankan siasatan terhadap pembunuhan itu dan pejabatnya sedang meneliti tangkapan terhadap Riser.
Mayat Saenz ditemui di dalam Sungai Trinity, Dallas pada 10 Mac 2017 dengan beberapa kesan tembakan, kata Garcia. Douglas pula dilaporkan hilang pada tahun itu namun mayatnya masih tidak ditemui.
Sebelum ini tiga individu telah ditahan dan didakwa atas pembunuhan Saenz, menurut afidavit dalam penahanan Riser. Namun ia tidak mendedahkan identiti tertuduh.
Salah seorang tertuduh mendakwa dia terlibat dalam beberapa kes pecah masuk rumah bersama Riser ketika mereka remaja.
Baru-baru ini mereka telah merancang untuk memecah masuk beberapa rumah pengedar dadah namun tidak melakukannya, tambah afidavit tersebut.
Dia turut mendedahkan telah ditawar AS$9,500 untuk menculik dan membunuh Douglas dan Saenz.
Menurut kertas pertuduhan, kedua-dua mangsa telah tembak mati dan mayat mereka dibuang ke dalam sungai.
Ini bukan kali pertama Riser disabitkan dengan kegiatan jenayah. Pada Mei 2017, Riser dituduh menyerang dan mencederakan bekas teman wanitanya.
Riser telah diberi cuti pentadbiran sementara menunggu hasil siasatan dalaman.
Jurucakap pejabat Peguam Daerah Dallas County memaklumkan jabatannya tidak mempunyai maklumat mengenai kes itu.
Astro Awani
Thu Mar 04 2021

Ketua Polis Dallas, Eddie Garca, bercakap dengan media semasa sidang media mengenai penangkapan dan tuduhan pembunuhan terhadap Bryan Riser. - Foto AP

#NoToLanun: Didik keburukan 'mencuri' sejak kecil - Sheila Rusly
Sheila Rusly berpendapat ibu bapa perlu memberikan pendidikan kepada anak-anak tentang keburukan mencuri sejak mereka kecil lagi.

Skuad projek FAM-MSN kenal pasti tiga pemain tunjukkan peningkatan ketara
Skuad 'ubi muda' Projek FAM-MSN telah mengenal pasti tiga pemain yang menunjukkan peningkatan ketara dalam bola sepak.
![[TERKINI] Semua sekolah di 7 daerah di Kelantan ditutup [TERKINI] Semua sekolah di 7 daerah di Kelantan ditutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1900355/16572287721618711565616_640x360.jpg)
[TERKINI] Semua sekolah di 7 daerah di Kelantan ditutup

Pemakaman Putera Philip: Rakyat UK beri penghormatan terakhir
Rakyat di seluruh United Kingdom (UK) memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Putera Philip pada Sabtu.

AWANI Ringkas: Kadar R-Naught meningkat lagi | Tujuh pelajar Maktab Mahmud positif Covid-19
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kereta terbabas langgar pokok, 3 maut
Kemalangan tersebut mengakibatkan kenderaan terbabit remuk dan terputus dua bahagian.

Vaksin COVID-19: Golongan pendidik diberi keutamaan
Golongan pendidik dianggap sebagai kumpulan utama selepas majlis bandaraya mendesak agar sekolah dibuka semula.

Sekolah di tujuh daerah PKP di Kelantan ditutup
Menerusi satu surat pekeliling dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, semua murid yang tinggal di asrama pula perlu kekal berada di asrama.

'Sindiket judi online cuba hidup kembali'
Polis tidak menolak kemungkinan sindiket perjudian dalam talian cuba menghidupkan kembali kegiatan haram mereka selepas sekian lama.

The Rock imbas momen diberi peluang kedua yang mengubah hidupnya
Johnson berkongsi klip dari rancangan televisyen 'Young Rock', yang memberi penghormatan kepada mendiang jurulatihnya.

Dua warga India disyaki diculik di sebuah restoran di Brickfields
Polis sedang mengesan beberapa individu disyaki terlibat dalam kes melarikan dua pekerja lelaki warga India dari sebuah restoran di Brickfields di sini, petang tadi.

Keluarga pemandu lori mati dalam tahanan polis terima ganti rugi RM357,500
Hakim berkata tidak ada dalam Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan hak harta si mati secara langsung atau tidak jelas untuk tuntutan bayaran ganti rugi teladan.

Seorang lagi rakyat Indonesia diculik kumpulan Abu Sayyaf di Sabah, diselamatkan
Mangsa, remaja lelaki berusia 14 tahun, hanya didedahkan namanya sebagai 'MK', diselamatkan di Pulau Kalupag dalam satu operasi pasukan pihak berkuasa Filipina.

Bagi arahan culik dan bunuh, polis Dallas ditahan
Bryan Riser, pegawai polis yang sudah berkhidmat selama 13 tahun itu, ditahan pagi Khamis dan dibawa ke penjara Dallas.

Mayat lelaki bisu ditikam pada leher ditemui di depan sekolah
Mayat mangsa yang dipercayai bisu itu ditemui jam 6 petang oleh orang awam.

Polis tahan 6 suspek kes culik ahli perniagaan, isteri
Semua suspek berusia antara 24 hingga 58 tahun itu ditangkap dalam operasi khas antara 1 hingga 4 Disember lalu.

Budak 7 tahun diculik, disembunyi di bilik bawah tanah berjaya diselamatkan
Polis Rusia berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang diculik lebih dua bulan lalu di Vladimir.

Sembilan cubaan culik sejak Mei - Polis Sabah
Maklumat mengenai perkara itu diterima hasil perkongsian risikan dengan pasukan keselamatan Filipina.

Cadangan luaskan kawasan ESSCom antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu itu terkandung dalam pertanyaan Datuk Zakaria Mohd Edris (Bersatu-Libaran), memandangkan kes penculikan kru bot di negeri berkenaan telah beralih ke laut terbuka.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin 27 Julai 2020.