SINGAPURA: Calon berpotensi yang mahu bertanding Pilihan Raya Presiden Singapura (PE) bakal memohon Sijil Kelayakan bermula Selasa di bawah langkah pertama untuk merebut jawatan tertinggi itu.
Jabatan Pilihan Raya (ELD) pada Isnin memaklumkan permohonan Sijil Kelayakan dan penyerahan akuan komuniti akan ditutup pada hari kelima selepas Writ Pilihan Raya dikeluarkan.
Sijil Kelayakan bertujuan untuk memperakui bahawa calon adalah seorang yang berintegriti, berkelakuan dan mempunyai reputasi yang baik serta memenuhi keperluan perkhidmatan sektor awam dan swasta berkaitan.
Syarat yang ditetapkan adalah bakal calon mesti memegang jawatan kanan awam atau menerajui syarikat dan memiliki ekuiti pemegang saham berjumlah kira-kira S$500 juta (RM1.7 bilion) untuk tempoh sekurang-kurangnya tiga tahun.
Selain itu, bakal calon juga haruslah warga Singapura dan berusia sekurang-kurangnya 45 tahun pada hari penamaan calon dan tidak menganggotai mana-mana parti politik.
ELD menjelaskan PE bakal diadakan pada bila-bila masa memandangkan penggal perkhidmatan Presiden Halimah Yacob akan berakhir pada 13 September depan.
Difahamkan, Menteri Kanan, Tharman Shanmugaratnam menjadi satu-satunya individu yang mengumumkan hasrat untuk bertanding, namun pemerhati berpendapat pengasas Harvey Norma Ossia, George Goh berpotensi menjadi pencabar. -Sinar Harian/Agensi
Sinar Harian
Mon Jun 12 2023
Shanmugaratnam menjadi satu-satunya individu yang mengumumkan hasratnya untuk bertanding Pilihan Raya Presiden Singapura. -Foto: Agensi
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
Bakal calon Presiden Singapura boleh mohon Sijil Kelayakan
Permohonan Sijil Kelayakan dan penyerahan akuan komuniti akan ditutup pada hari kelima selepas Writ Pilihan Raya dikeluarkan.