Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-Moon memuji inisiatif Malaysia dalam membentangkan resolusi mengecam penganiayaan terhadap kanak-kanak di zon konflik yang mana Majlis Keselamatan sebulat suara menerima pakai resolusi itu.

Malaysia adalah Presiden Majlis Keselamatan PBB pada Jun tahun ini, dan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman membentangkan resolusi itu yang dipersetujui oleh 56 negara anggota.

Ban mengingatkan masyarakat antarabangsa bahawa melindungi kanak-kanak adalah 'moral amat penting dan tanggungjawab undang-undang'.

Sementara menamakan banyak negara di seluruh dunia dan beliau juga menuding jari kepada Israel, banyak negara barat cenderung untuk mengelak apabila bercakap mengenai pencabulan hak asasi manusia.

Beliau juga menyuarakan kebimbangan terhadap penderitaan 'begitu banyak kanak-kanak' akibat daripada tindakan 'operasi ketenteraan Israel di Gaza pada tahun lepas'.

Setiausaha Agung PBB itu juga menggesa Israel mengambil langkah segera bagi menghentikan pembunuhan dan mencederakan kanak-kanak, dan menghormati 'perlindungan khas' kepada sekolah-sekolah dan hospital.