awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
Krisis politik Perlis: Wujud dalang, perlukan 'lampu ajaib' pastikan situasi tidak berjangkit - Penganalisis
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parti Cinta Sabah kini komponen baharu dalam GRS

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
22/05/2024
11:30 MYT
Parti Cinta Sabah kini komponen baharu dalam GRS
Untuk itu, GRS berharap rakyat Sabah memberikan sokongan padu kepada GRS dalam usaha membina masa depan yang lebih cerah dan sejahtera untuk semua. - FOTO: PCS
KUALA LUMPUR: Kesemua presiden parti dalam Gerakan Rakyat Sabah (GRS) secara sebulat suara menerima Parti Cinta Sabah (PCS) menjadi komponen dalam gabungan itu.
Menurut Setiausaha Agung GRS, Datuk Seri Masidi Manjun, ia selepas Presiden PCS, Tan Sri Anifah Aman membuat permohonan secara rasmi untuk menyertai sebagai komponen baharu dalam GRS.
Menerusi satu kenyataan pada Rabu, Masidi menyifatkan penyertaan PCS, sebuah parti lokal di Sabah merupakan satu langkah penting dalam mengukuhkan lagi kesatuan dan perpaduan politik di Negeri di Bawah Bayu.
‘’GRS percaya bahawa dengan kerjasama yang lebih erat, gabungan itu dapat mencapai matlamat bersama membangunkan Sabah ke arah yang lebih makmur dan sejahtera.
‘’Selari dengan prinsip Sabah First, GRS kini semakin kukuh dan bersedia menghadapi sebarang cabaran demi memastikan kesejahteraan dan kemakmuran Sabah tercapai,’’ ujarnya.
Untuk itu, GRS berharap rakyat Sabah memberikan sokongan padu kepada GRS dalam usaha membina masa depan yang lebih cerah dan sejahtera untuk semua.
GRS sebelum ini disertai oleh Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Maju Sabah (SAPP), Parti Liberal Demokratik (LDP), dan Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS).
Topic Berkaitan
#Gerakan Rakyat Sabah
#Parti Cinta Sabah
#Anifah Aman
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan