awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bangkai pesawat MH17 tiba di Belanda, siasatan bermula

Agensi
Agensi
09/12/2014
16:35 MYT
Bangkai pesawat MH17 tiba di Belanda, siasatan bermula
Trak membawa serpihan pesawat MAS MH17 tiba di Pangkalan Tentera Udara Gilze-Rijen di Belanda pada 9 Dis 2014. Foto AFP/Robin van Lonkhuijsen
Konvoi lapan trak membawa serpihan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 telah tiba di Pangkalan Tentera Udara Gilze-Rijen di Belanda.
Ketibaan trak berkenaan disambut kira-kira 50 waris keluarga mangsa yang menanti di satu ruang khas di pangkalan tentera itu.
Penyiasat kelihatan cuba mencantum ekor dan bahagian dalam kokpit pesawat itu bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai punca pesawat itu terhempas.
Bahagian pesawat terbabit juga akan dirakam, diimbas serta dikelaskan dalam masa terdekat dan bermula tahun depan, pembinaan semula bangkai itu akan dimulakan.
“Ia akan mengambil masa beberapa bulan sebelum kami membina semula bahagian-bahagian pesawat. Kami pernah berkata bahawa kami mahu laporan pertengahan tahun depan. Itu adalah matlamat kami, tetapi kami perlu berhati-hati. Kami mempunyai tugas yang sangat susah untuk membina semula bahagian-bahagian pesawat tersebut,” kata pengerusi Lembaga Keselamatan Belanda, Tjibbe Joustra.
Ia difahamkan, tiada sambutan atau istiadat khas seperti ketibaan jenazah sebelum ini dibuat.
Saudara terdekat juga tidak berada di lokasi ketika bangkai pesawat di trak berkenaan dibuka.
Pada 17 Julai lalu, pesawat MAS yang membawa 298 penumpang dan anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ini terhempas selepas dipercayai ditembak jatuh di Donetsk, Timur Ukraine.
Topic Berkaitan
#bangkai
#Malaysia Airlines
#MAS
#MH17
#Serpihan
#Tjibbe Joustra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan