BANGKOK: Susulan kejayaan "Phuket Sandbox" dan "Samui Plus", Thailand merancang membuka kembali lebih banyak destinasi pelancongan popularnya mulai bulan depan bagi menghidupkan kembali industri pelancongan yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
Timbalan Jurucakap Kementerian Luar Natapanu Nopakun berkata Bangkok dan empat wilayah lain iaitu Chonburi, Phetchaburi, Prachuap Khiri Khan dan Chiang Mai akan dibuka semula kepada pelancong yang telah divaksin mulai 1 Oktober.
"Ia akan diikuti 21 wilayah lain pada pertengahan Oktober, yang perinciannya akan diumumkan bila tiba masanya," katanya semasa taklimat harian COVID-19 di sini pada Isnin.
Sejak pembukaan semula, Phuket telah menyambut 26,400 pengunjung sepanjang dua bulan pertama, bermula 1 Julai hingga 31 Ogos, menjana pendapatan bernilai 1.63 billon Baht.
Program "Samui Plus" pula, pelancong berpeluang mengunjungi Koh Samui, Koh Pha-ngan dan Koh Tao. Sejak dimulakan pada 15 Julai dan sehingga 31 Ogos lalu Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT) memaklumkan program ini telah menerima 918 pengunjung, dengan 6,329 tempahan bilik, menghasilkan pendapatan 37.6 juta Baht .
Menurut kenyataan TAT kebanyakan pelancong berasal dari Eropah dan Amerika Syarikat.
Setakat ini, Thailand telah memberikan 35.91 juta dos vaksin termasuk 25.23 juta dos pertama.
Sementara itu, Pejabat Sheikul Islam (SIO) di Thailand telah membenarkan kembali solat berjemaah di masjid-masjid komuniti dengan sekurang-kurangnya 70 peratus penduduk berusia 18 tahun ke atas telah menerima vaksin COVID-19
Natapanu berkata, ahli jawatankuasa Islam di masjid dan jemaah mestilah mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
"Waktu solat dihadkan kepada 30 minit dan solat Jumaat tidak lebih 45 minit," katanya.
Sementara itu, Thailand mencatatkan 13,988 kes baharu COVID-19 dan 187 kematian pada Isnin, menjadikan jumlah jangkitan sebanyak 1,294,522 dan korban seramai 13,042 orang.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 06 2021
Orang ramai yang terjejas akibat pelaksanaan langkah penutupan susulan COVID-19 menunggu untuk bantuan makanan diagihkan di sebuah pusat komuniti di Bangkok, Thailand, 31 Ogos, 2021. (Foto AP)
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Young Tigress mulakan Piala Remaja Asia dengan langkah kanan
Skuad negara membuka tirai jaringan seawal minit kesembilan menerusi pukulan sudut penalti oleh Nurshamine Azureen Mohammed Badusha.
Polis buka kertas siasatan tiga anggota polis berhibur di Golok
Polis Kelantan membuka kertas siasatan berhubung tiga anggota polis yang disyaki berhibur di Golok, Thailand.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MAQIS gagalkan cubaan seludup 23 tan ayam sejuk beku dari Thailand
MAQIS turut menggagalkan cubaan membawa masuk sebanyak 16,904kg cili di Pintu Masuk Bukit Kayu Hitam pada Sabtu lalu.
Pelajar rentas Sungai Golok akan ditempatkan di asrama - Fadhlina
Pelajar warganegara Malaysia yang menetap di Thailand dan merentas Sungai Golok untuk bersekolah di negara ini, bakal ditempatkan di asrama.
PGA rampas 10 kambing dimuat dalam guni cuba diseludup masuk dari negara jiran
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 10 ekor kambing bernilai kira-kira RM10,000 cuba diseludup masuk dari negara jiran.
Thailand kesan kes pertama penyakit berkaitan 'vape'
Akhbar Bangkok Post melaporkan, seorang lelaki dari Buri Ram telah dikesan menghidap penyakit Evali, atau kecederaan paru-paru berkaitan rokok elektronik atau 'vape'.
Polis tumpaskan dua cubaan seludup kosmetik buatan Thailand
Dua cubaan menyeludup produk kosmetik berjaya ditumpaskan sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pasir Mas.
ACT Wanita: Malaysia tewas tipis 1-2 kepada Jepun
Malaysia memperoleh gol tunggal menerusi jaringan padang Nur Iman Adawiyah Mohd Suhami pada minit ke-26.
Malaysia tidak iktiraf penjenayah rentas sempadan miliki dua kerakyatan - Saifuddin
Malaysia tidak mengiktiraf individu yang mempunyai dua kewarganegaraan, susulan laporan polis Thailand bahawa banyak penjenayah rentas sempadan memiliki dua kad pengenalan.